~ Ini Kisah Cinta~
Mencintai engkau itu bodoh!
Mencintai
engkau itu bodoh. Apa lagi yang harus aku lakukan agar kau terus mencintai aku.
Tergadai maruah aku kerana kau. Kini kau mula bersandiwara dan meninggalkan
aku. Entah apa yang harus aku lakukan dengan benih yang membesar dan terus
membesar. Apa yang harus aku katakan pada dia dikala dia bertanya tentang
bapanya. Apa yang harus aku lakukan disaat pembesarannya, akan ada tomahan dan
cacian sedangkan dosa datang dari aku. Bayi yang sedang membesar ini, haruskah
aku bunuh!
Engkau
rampas hidup aku supaya mengikut rentakmu. Kau janjikan bulan dan bintang jika
aku akur arahanmu. Malah kau pegang kebahagianku, jadikan aku bonekamu. Adakah
itu cinta?
Mengenalimu
hanyalah kamu. Mengapa aku terlalu bodoh memilih kamu. Atau bukan.. iya kamu
yang membuat aku percaya cinta itu adalah kamu. Menuruti permintaan kamu, mengikuti
kehendak kamu dan semua itu bayaran untuk sebuah kesetian. Andai aku ingkar?
Kehilanganmu harus aku tebus.
Allah,
jikalau taubat dapat mengubah nasib aku. Adakah bahagia yang berada dihujung
jalanku. Sungguh aku buntu. Apa yang harus aku lakukan saat ini. Haruskah aku
dinikahi dia yang jelas tiada lansung rasa tanggungjawab terhadap apa yang
belaku. Buta sungguh hati aku dengan membenarkan nafsu mengalahkan akal. Apa
sebenarnya yang aku mahukan sedangkan aku tahu, ini bukannya cinta yang sejati.
Memilih untuk dimiliki oleh dia, atau bersendirian menanggung dosa-dosa aku
mencintai dia bersama dengan benihnya ini? Hakikatnya, dua-dua membawa kejalan
yang gelap. Kehidupan aku musnah terlalu awal. Kehidupan aku sudah tidak jumpa
cahayanya. Inikah balasannya.
Mencintai engkau itu bodoh. Beribu
yang datang mengetuk hati aku. Aku tahu dan memang aku saja buang jauh ingatan
dan kunci hati aku setelah hilang yang lama. Kemalangan yang belaku benar
membantu aku untuk sembuh dari luka yang amat perit bagi aku. Bisakah aku
terima bahawa kali ini, pilihan aku salah lagi.
Kejamnya
engkau bawa kunci yang telah engkau ubah hanya ini bersembunyi didalamnya.
Engkau memang kejam. Bagaimana aku harus menerima lelaki yang jelas dan nyata
sedang lari dari masalahnya dan berselindung dibalik topeng. Kau benar-benar
merentap seluruh jiwa dan raga aku. Tempoh hanya sebulan kau tanam janji dan
harapan. Malah bulan dan bintang buat aku. Aku wanita yang berpendidikan,
berkerjaya dan punya matlamat. Mana mungkin mudah aku melangkah dalam permainan
kau. Aku akan tamatkan permainan ini. Asal kau tahu, aku sedang menjalani
kehidupan aku, bukan permainan kau. Adakah kau fikir Cinta itu adalah kau!
Terlahir
aku tanpa cinta. Aku tidak pernah kenal itu cinta. Kira kau fikir aku dah
bersedia menerima cinta kau? Tidak sama sekali. Ini aku, bukan boneka kau
Mencintai engkau itu bodoh. Kau
milik hati aku. Tidak aku sangka pencinta wanita ini jatuh ketangan wanita
seperti kau. Hati kau begitu sukar aku tembusi. Bukan hanya hati, akal juga tidak
mampu diatasi. Aku kalah? Namun mana mungkin aku mengalah. Kau buat aku jatuh
cinta buat pertama kalinya. Dah kau juga buat aku ditolak buat pertama kalinya
jua. Aku akan pastikan kau jadi milik aku selamanya.
Teringat
kali pertama kita berjumpa. Kau buat aku tercabar dengan kata-kata. Aku yakin
kau memang bukan seperti mereka yang melutut merayu. Aku sengaja datang melawat
kau, ikat hati kau saat kau paling lemah. Tapi aku masih gagal. Berada bersama
kau, membuat aku menjadi seorang yang aku sendiri tidak kenal. Perwatakan kau
benar-benar menawan aku terus dalam penjara rindu. Sehingga aku terlupa semua
masalah aku. Dan masalah aku, adohh kenapa agak terlambat aku ketemumu. Andai
waktu dapat aku kawal,pasti tidak akan aku terjerat dalam segi tiga ini.
Kini aku
berhadapan dengan masalah yang sangat besar. Terlalu besar. Aku tersilap
langkah yang sangat tidak patut aku lakukan sebenarnya. Sebelum ini aku bebas.
Entah kenapa aku terbabas kali ini memerangkap diri. Aku kena pastikan hanya
pilihan aku yang menjadi milik aku. Dia? Biarlah, dia mati bersama cinta dia.
Aku tidak pernah bagi harapan. Aku cuma mahu bersama dengan orang yang aku mahu
dan ingin saja. Dia hanya penghalang yang perlu aku hapuskan. Aku hanya mahukan
dia. Dia yang aku yakin cinta. Kini aku akui, aku memang benar sayang.
~ please I need to see u. urgent
aku ada masalah nak sharekan. Sahur sama k kat tempat biasa. I waiting. ~ Sent 3.30a.m
Tanpa
balas aku terus pergi berjumpa dia. Jam menunjukkan jam 4.30 pagi. Ternyata dia
masih ada disitu. Tanpa lengah aku order makanan untuk bersahur. Perbualan
seperti biasa. Seperti pasangan-pasangan lain. Selepas makan, dia mula gelisah.
Mencari sesuatu bagi memulakan bicara tujuan sebenar perjumpaan ini. Handphone
ditangan mula dipusing-pusingkan. Sebelah lagi mula mengetuk-ngetuk meja
seperti menaip papan kekunci. Melihat dirinya yang gelisah. Aku mulakan bicara,
“ cuba kau anggap aku adalah kawan, bukan special. Apa sebenarnya masalahnya?”.
Perbuatanya
semua terhenti. “ sebenarnya ex aku datang balik, dan dah 5 bulan…” dengan nada
yang pelahan. Nafas aku terhenti, namun bukannya otak. Aku mencuba menghirup
kembali udara segar umbun pagi. Dengan tenang, aku menjawab, “ okay. Jadi apa
perancangan kau?” melihat keadaan aku yang tenang, dia menjadi tidak keruan, “
kau tak marah ke? Kau fahamkan aku cuba sampaikan?” aku cuma memandang screen
handphone yang gelap itu. Jelas kelihatan wajah sendiri. Aku ingin pastikan
muka aku masih tenang. Lalu membalas, “ faham. Ex kau datang balik dan
mengandung 5 bulan. Anak kau? Jadi apa perancangan kau?” suasana ada sedikit tegang.
Dia seolah –olah tidak puas hati dengan tindakan aku saat itu.
“ okay, lah Azmil from today we,
just a friend. Kalau aku adalah alasan yang sukar untuk kau buat keputusan.
Tidak mengapa, aku boleh angkat kaki. Kita pun belum terlalu jauh melangkah.
Mungkin hati aku sudah melangkah tapi bukan perbuatan aku. Jadi tiada masalah
untuk aku undurkan hati aku. Well cinta, hanyalah satu perasaan yang boleh
ditanam dan diwujudkan. Tapi apa yang kau lakukan… baik aku undur diri.”
Jawapan yang aku berikan langsung tidak diterima olehnya. Sebolehnya dia ingin
aku mengamuk dan untuk apa? Perlukah aku mengamuk? Memalukan diri aku. Aku
belum terlambat. Tapi dia, tiada lain hanyalah tanggungjawab keatas
kelakuannya. Noktah.
~ CINTA
adalah satu perasaan yang suci dan anugerah dari Allah, maka tidaklah layak
untuk dia dikotori oleh manusia seperti kau.~
Kereta aku parking kemas dalam
garaj. Kaki berat mahu melangkah keluar. Tangan masih disetering. Kujeling jam
ditangan yang menunjukan jam 7 pagi. Entah kenapa terasa amat tenang dalam
kereta itu hari ini. Fikiran memjadi kosong. Semangat mahu tidur kembali
hilang. Lantas aku masuk kerumah, membersihkan diri dan bersiap ke tempat
kerja. Hari ini dalam sejarah aku punch card seawall jam 8. Focus aku hanyalah
tugasan aku yang terlalu banyak. Tanpa sedar jam berlalu pantas.
Lusa
hari raya. Hati berbunga-bunga mengenangkan hari kemenangan itu. Jadi aku minta
cuti awal. Niat nak pergi tengok wayang jam 2 petang dalam jam 4 petang terus
ke Johor. Wah rindunya kampong halaman. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana petang dipanggung
sememanglah lengang kerana ramai yang focus untuk membeli belah buat sekian
kalinya sebelum berakhirnya puasa. Disebabkan hobi aku menonton wayang, sendiri
pun tidak janggal lagi. “ Miera? Hai lama tak berjumpa?” Ibnu, dia pasti akan
muncul disini, tiap kali aku terdetik nak menonton. Perasaan bila bersama dia
ini, lain. Yang pastinya dia hanyalah sekandal wayang aku. Berkongsi hobi
menonton wayang. Untuk bercinta.? Cukup sekadar dia memiliki raut cinta yang
pernah hadir dulu. Aku tidak mahu dibayangi dengan kenangan masa silam.
“ miera dah lamakan tidak tengok
wayang bersama. Thank sebab sudi temankan saya,”
“ of couse la not prob. Memang dari
tadi aku terpacak nak tengok wayang. Bukan berjanji pun kan. Oh, kejab eh? Ada
phone call,” tiba-tiba phone bergetar. ‘myhubby’. Kenapa aku lupa nak tukar
contact no ni. Hurm.
“ assalamualaikum, what up.?”
Berusaha aku menahan segala rasa agar nada suara aku tidak berubah. Aku mula
mencari kekuatan dengan memangdang wajah Ibnu.
“ nak minta tolong, cakap dengan
perempuan ni, yang kau dah tahu semuanya. Tolong cakap dengan dia.” Hati
dicurah sedikit rasa cemburu. Kedengaran suara seorang wanita dihujung talian.
Bertalu-talu makian dituju terus pada aku. Aku cuba menahan riak muka aku
didepan Ibnu. Namun entah kenapa dia dapat menghidu sesuatu dari tindakan aku.
Telifon dimatikan. Segala kekuatan yang aku cuba tahan Hilang. “ kau okay atau
tidak, kau boleh balik kampong ke ni.? Muka kau berubah pucat Miera. What
happen?” kekuatan aku memang hilang. Memandang dia, kini aku rebah. I do need
someone to talk and to share. Aku hanya seorang manusia yang masih berfungsi
hati dan perasaan.
“ so kau nak balik ke ni?” Ibnu mula
menenangkan aku. Aku mengeleng. “ mana boleh aku balik. Urusan aku dimelaka
masih belum selesai. Aku harus selesaikan hari ini juga.” Maka aku ambil
keputusan untuk berjumpa dengan wanita tersebut. Urusan ini perlu diselesaikan
segera, sebelum hati aku makin parah.
Asar dimasjid selat. Dengan angin
yang sepoi bahasa, jauh aku renung dipenghujung lautan. Pernah juga aku
bayangkan pandangan aku tembus hingga aku nampak belakang badanku kembali. Bumi
inikan spera. Jelas apa yang aku nampak, hanyalah aku. Kali ini aku yakin. Aku
sudah sedia. Allah aku letak Engkau dalam hati aku saat ini. Jangan
hampakannya. Terus aku ketempat kerja Wina.
“Wina? Miera.” Wajahnya sedikit
berkerut. Bukan kerana tidak mengenali aku. Tapi terkejut dengan kehadiran aku.
Aku berbuka puasa dengan dia. Berbual dan berbincang seperti kawan. Rapat, seperti
sudah lama berkenanalan. Tentulah rapat, kerana kami mencintai orang yang sama.
Lebih kurang dua jam juga kami berbincang ditempat kerjanya. Akhirnya aku
mengambil keputusan untuk tidur dirumahnya. Jam 10 malam kami sampai dirumah.
Selepas bersalaman dengan ahli keluarga Wina, aku terus dibawa ke dalam
biliknya. Pintu bilik dikunci kemas, lantas belum sempat aku melabuhkan pungung
ke kerusi, Wina mengenggam kemas tanganku. Naluri perempuan aku diketuk keluar
malam itu. “ please Miera, I love him. Please let he go.for him” tangan aku
terus dibawa keperutnya. Dapat aku rasakan ketika itu, bayi didalam menyambung
tangan aku juga. Menyatakan hasrat yang sama dengan ibunya. ‘damn, why I become
so sensitive ni.?’”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Sayang,
kalau ada yang datang menghalangi cinta kita. Apa yang akan awak buat?”
“
yang pastinya ada 2 pilihan, sama ada saya tinggalkan hubby, atau halangan itu
akan menjadikan sayang saya kekal menjadi bukti cinta kita.”
Suasana
petang itu, mendung. Sama seperti yang ada dalam hati ini. Hari ini hari raya.
Tapi bila aku sedar pagi aku hilang. Dalam keadaan terkebil-kebil. Aku bangun
dan terus mandi, aku belek beberapa pakaian dalam almari dan pilih 1. Aku capai
topi dan keluar. Kunci motor ditangan dan melangkah keluar. Namun langkah
terhenti seketika. “ akak? Pakai tudung kak,” teguran mak tidak diendahkan.
Terus meluncur laju motorku keluar dari pekarangan rumah. Tiada tujuan. Fikiran
aku kosong. Kosong sekosongnya. Sampailah tiba disebuah pokok besar disebuah tempat.
Tempat yang terindah. Pelbagai kenangan kanak-kanak muncul dikepala. Jelas
terukir, ‘we was here’. Senyuman pertama untuk hari ini. Telifon aku cari. Dari
kemarin aku tutup telifon itu. Tidak mahu gangu. On kan saja beribu mesej
muncul. Hanya satu tujuan aku. Buang segala sampah.
~ please let me explain everything. Balaslah
mesej ini. Tolong jangan lari dari saya. Saya perlukan awak. Please.~ it is
your last message I read. Then good bye.
~delete
All message from MYHUBBY?~
~ YES~
~sure u
want to block this contact?~
~YES~
~sure u
want to set ‘myhubby’ to blacklist call~
~YES~
And I
also send u in my junk file at my heart. May u go to hell.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seminggu berlalu.
Migraine
aku menyerang kembali. Aku ada audit minggu ni. Aku kuatkan diri. Kugagahkan
jua menempuh minggu audit ini. Jumaat pun tiba. Esok ada appointment dengan
doctor. Date with girlfriend la. Boleh pergi beraya sekali.
“
Hye miss Miera, eh.? Ada appointment ke.? Doctor dah balik la.”
“eh
budak ni buat lawak pula. Yela. Doctor ada tidak?”
“
doctor dah balik. Miss lambat la. Macam ni la new appointment k, isnin boleh?”
“
no la, selasa la, isnin buzy. Always.”
“
okay selasa, jangan lambat lagi k.”
Berjumpa
dengan BFF ni, memang favorite. Bukan apa layan kegilaan dia. Buat aku hilang
stress. In second boleh join karaoke. In second boleh masuk panggung. Aku cuba
selindungkan semuanya dari mata dia. Walaupun berkali-kali dia memaksa dan
bertanya. Aku belum sedia bercerita dengan dia. Aku pasti dia akan mengamok
besar. Apatah lagi Azmil adalah pekerja dia. Dia sendiri pernah cerita tentang
perangai Azmil cuba mengorat dia. Aku pasti aku akan lebih tertekan jika aku
berkongsi cerita ini dengan dia. Tiba masanya, aku pasti akan cerita. We BFF. No secrete. But please give me a
time.
Dari
semalam, aku muntah-muntah. Badan jadi lemah dan lesu. Hari ini appointment
dengan doctor. Aku pohon seribu kekuatan saat ini. Halangan ingin kesana pun
aku tempohi dengan 3 kali aku berhenti untuk muntah dan lelap sekejab didalam
kereta. Tetap jam 11.45 aku sampai hospital. Tiba dikuanter pendaftaran mata
aku berpinar. Cahaya yang masuk kemata membuat aku makin stress.. dunia aku
berputar dengan sangat laju. Akhirnya, aku rebah dihadapan pintu bilik doctor.
“Miera,
are u okay dear?” cahaya yang sangat terang masuk kedalam mata.
“cahaya
doctor, I can’t see. I can’t open my eyes. Please doctor help,” sekali lagi aku
rebah, terus aku diarahkan untuk mendaftar masuk ruangan kecemasan. Seluruh
kawasan kecemasan digelapkan kerana aku. Huru hara hospital dibuatnya. Terus
aku ditolak kedalam private room for VIP. Nasib baik tanggungan atas syarikat,
kalau diri sendiri menangis rasanya nak membayar bill hospital.
Sengaja
aku biarkan diri aku bersendirian di hospital. Hanya rakan terdekat yang tahu
keberadaan aku. Mungkin aku perlukan rehat ini. Lama juga aku tidur. Pengaruh
ubat yang diberikan. Buka saja mataku. Sesusuk tubuh yang dari tadi tenung aku.
“mak?” tubuh itu mendekati aku. Lembut membelai rambutku. “ iya. Mak ini, Miera
okay tidak?” dalam keadaan masih mamai aku bangun untuk duduk. Sesusuk tubuh
kelihatan lagi. Wajah yang aku tidak aku perlukan. “dah lamakah mak disini?”
perbualan diteruskan tanpa mengendahkan susuk tubuh itu.
“
kau buat apa kat sini? Setahu aku, kau dah tidak diperlukan lagi. Mana kawan
aku, apa pasal dia ada kat wad bersalin pula. Eh kejab ko buat apa dengan kawan
aku ni sampai dia masuk sini. Ko ni memang la, aku dah agak dah masalah
betulah. Eh aku dah warning kaukan. Mana kawan aku.” Dari jauh kedengaran suara
Nad, membebel diluar wad. Berubah wajah dia apabila kelihatan aku bersama
‘mak’.
“
Apa yang kau bebel Nad. Kenalkan mak Azmil.” Nad terus salam mak Azmil dan
menghulurkan bubur untuk aku. “ pehh Nad. I love u la. BFF aku buatkan bubur,”
hanya senyuman kelat diwajah Nad. Aku tahu pelbagai persoalan dalam kotak
fikiranya. Biarlah masalah aku belum selasai lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Miera, I cuma ada Azmil. Dunia
I hanya Azmil. I mengaku I perangkap dia. Hanya ini cara untuk I dapatkan
Azmil.,” aku hanya mampu baring dan mendengar cerita dia. Bayi itu telah
membawa perasaan benci kami pada lelaki bernama Azmil. Malam itu jadi sangat
panjang. Aku ajar cara-cara aku tunjukkan ego Azmil pada Wiwi. Wiwi berhak
diberikan peluang untuk betulkan kesilapannya. Mungkin hadirnya aku adalah
sebagai kesedaran buat mereka atas perbuatan mereka.
Di hospital, Azmil datang lagi
keesokkan harinya ditemani Joe sahabat karibnya, merangkap orang yang
bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan dia. Joe adalah rakan sekerja aku.
“ Miera kau tahu aku benar-benar
cintakna kau. Hanya kau yang mampu buat aku bahagia dan Miera please terima
aku. Aku janji aku akan bertanggungjawab. Kita kawin dan kita jaga anak aku tu.
Bolehkan? Please Wiwi dah sedar yang dia perangkap Aku. dia janji yang dia
tidak akan simpan benih tu. Dia mengaku dia goda aku sampai aku terleka. Please
Miera. Please give I a chance. I prove to U. I treat u like u deserve. U yang
paling layak untuk aku. family aku, dia orang semua suka u. I begging u.
please. I cant life without u. Wiwi tipu aku. Aku bukan yang pertama pun
sebelum ini Wiwi dah bertunang. I believe yang tuning dia yang rosakkan dia
dan..” belum habis kata-kata aku memotong,
“ dan kau pun berhak sentuh dan
rosakkan dia lagi. Macam tu ka? Semudah itu aku perlu terima kau. Kau lupa yang
aku ni perempuan ke.? Azmil. Azmil.Azmil. memang aku terdesak mahukan cinta. Aku
sedar aku dah 28 tahun. Berapa banyak pilihan lagi yang aku ada untuk memilih.
Tapi. Kau perlu ingat sepekara. Bukan aku yang mulakan permainan ini. Kau. Aku
redha dengan apa yang belaku. Aku anggap ini salah satu ujian buat aku. Aku
jalani kehidupan yang Allah berikan ini. Jagala dia seeloknya. Kau mahu yang
terbaik, aku. Tapi kau tu terbaik ke untuk aku pilih? Jelas dan nyata kesalahan
kau. Aku tidak menghukum, aku cuma membenarkan diri aku memilih yang lagi
jelas. Look at the mirrow. Penipuan kau pantul pada kau balikkan. Jadi aku
tiada kesalahan pada kau. Sudah. Berhenti. Aku tidak mahukan kau dalam hidup
aku. Aku belum tersedak memilih khilaf. Berkhawin dengan dia, bimbing dia
dengan agama, dan moga kalian bertaubat. Kau masuk ikut pintukan, keluar pun
ikot pintu k. I’m tired, I wanna to sleep. Joe. Thank you datang melawat.
Silalah bawa kawan kau ni balik. Aku penat. Apa-apa pun terima kasih. Kita
sudah tiada apa-apa urusan yang tertunggak lagi okay.?”
Sejak dari itu, Azmil masih belum
mengalah mencari aku dirumah sewa. Nasib baik aku ada keluarga angkat. Sebulan
juga aku menunpang rumah mereka. Pelbagai ganguan aku terima. Dari keluarga
Azmil dan Wiwi. Aku hadap dengan tenang. Aku sibukan diri dengan reakrasi dan
buat kerja sambilan membantu keluarga angkat menjual satay. Bulan 8 ini, akan
berakhir la kesensaraan aku. Mohon tiada lagi gangu dari mereka. 8 hari bulan
8, mereka selamat diijabkabulkan. Even sehari sebelum tarikh itu pun Azmil
masih merayu, Wiwi masih mengangu. Aku bawa diri aku ketempat paling jauh.
Mengubat segala luka dihati ini.
Subuh itu di Camaron sangat
dingin. Aku bangun dan keberanda. Jelas sangat pemandangan yang paling aku
dambakan. Aku jelling jam ditangan. Sudah seminggu kalian bernikah. Aku maafkan
kalian. Terima kasih kerana datang dalam hidup ini. Jadikan satu pengalaman
baru dalam hidup aku. Akan aku sentiasa jadikan kisah kita satu pengajaran
untuk aku dan mungkin rakan-rakan aku suatu hari nanti.
END.