nuffnang

Friday, August 19, 2016

CURANG ( MENCINTAI ENGKAU ITU BODDH)

~ Ini Kisah Cinta~

Mencintai engkau itu bodoh!
            Mencintai engkau itu bodoh. Apa lagi yang harus aku lakukan agar kau terus mencintai aku. Tergadai maruah aku kerana kau. Kini kau mula bersandiwara dan meninggalkan aku. Entah apa yang harus aku lakukan dengan benih yang membesar dan terus membesar. Apa yang harus aku katakan pada dia dikala dia bertanya tentang bapanya. Apa yang harus aku lakukan disaat pembesarannya, akan ada tomahan dan cacian sedangkan dosa datang dari aku. Bayi yang sedang membesar ini, haruskah aku bunuh!
            Engkau rampas hidup aku supaya mengikut rentakmu. Kau janjikan bulan dan bintang jika aku akur arahanmu. Malah kau pegang kebahagianku, jadikan aku bonekamu. Adakah itu cinta?
            Mengenalimu hanyalah kamu. Mengapa aku terlalu bodoh memilih kamu. Atau bukan.. iya kamu yang membuat aku percaya cinta itu adalah kamu. Menuruti permintaan kamu, mengikuti kehendak kamu dan semua itu bayaran untuk sebuah kesetian. Andai aku ingkar? Kehilanganmu harus aku tebus.
            Allah, jikalau taubat dapat mengubah nasib aku. Adakah bahagia yang berada dihujung jalanku. Sungguh aku buntu. Apa yang harus aku lakukan saat ini. Haruskah aku dinikahi dia yang jelas tiada lansung rasa tanggungjawab terhadap apa yang belaku. Buta sungguh hati aku dengan membenarkan nafsu mengalahkan akal. Apa sebenarnya yang aku mahukan sedangkan aku tahu, ini bukannya cinta yang sejati. Memilih untuk dimiliki oleh dia, atau bersendirian menanggung dosa-dosa aku mencintai dia bersama dengan benihnya ini? Hakikatnya, dua-dua membawa kejalan yang gelap. Kehidupan aku musnah terlalu awal. Kehidupan aku sudah tidak jumpa cahayanya. Inikah balasannya.

            Mencintai engkau itu bodoh. Beribu yang datang mengetuk hati aku. Aku tahu dan memang aku saja buang jauh ingatan dan kunci hati aku setelah hilang yang lama. Kemalangan yang belaku benar membantu aku untuk sembuh dari luka yang amat perit bagi aku. Bisakah aku terima bahawa kali ini, pilihan aku salah lagi.
Kejamnya engkau bawa kunci yang telah engkau ubah hanya ini bersembunyi didalamnya. Engkau memang kejam. Bagaimana aku harus menerima lelaki yang jelas dan nyata sedang lari dari masalahnya dan berselindung dibalik topeng. Kau benar-benar merentap seluruh jiwa dan raga aku. Tempoh hanya sebulan kau tanam janji dan harapan. Malah bulan dan bintang buat aku. Aku wanita yang berpendidikan, berkerjaya dan punya matlamat. Mana mungkin mudah aku melangkah dalam permainan kau. Aku akan tamatkan permainan ini. Asal kau tahu, aku sedang menjalani kehidupan aku, bukan permainan kau. Adakah kau fikir Cinta itu adalah kau!
Terlahir aku tanpa cinta. Aku tidak pernah kenal itu cinta. Kira kau fikir aku dah bersedia menerima cinta kau? Tidak sama sekali. Ini aku, bukan boneka kau

            Mencintai engkau itu bodoh. Kau milik hati aku. Tidak aku sangka pencinta wanita ini jatuh ketangan wanita seperti kau. Hati kau begitu sukar aku tembusi. Bukan hanya hati, akal juga tidak mampu diatasi. Aku kalah? Namun mana mungkin aku mengalah. Kau buat aku jatuh cinta buat pertama kalinya. Dah kau juga buat aku ditolak buat pertama kalinya jua. Aku akan pastikan kau jadi milik aku selamanya.
Teringat kali pertama kita berjumpa. Kau buat aku tercabar dengan kata-kata. Aku yakin kau memang bukan seperti mereka yang melutut merayu. Aku sengaja datang melawat kau, ikat hati kau saat kau paling lemah. Tapi aku masih gagal. Berada bersama kau, membuat aku menjadi seorang yang aku sendiri tidak kenal. Perwatakan kau benar-benar menawan aku terus dalam penjara rindu. Sehingga aku terlupa semua masalah aku. Dan masalah aku, adohh kenapa agak terlambat aku ketemumu. Andai waktu dapat aku kawal,pasti tidak akan aku terjerat dalam segi tiga ini.
Kini aku berhadapan dengan masalah yang sangat besar. Terlalu besar. Aku tersilap langkah yang sangat tidak patut aku lakukan sebenarnya. Sebelum ini aku bebas. Entah kenapa aku terbabas kali ini memerangkap diri. Aku kena pastikan hanya pilihan aku yang menjadi milik aku. Dia? Biarlah, dia mati bersama cinta dia. Aku tidak pernah bagi harapan. Aku cuma mahu bersama dengan orang yang aku mahu dan ingin saja. Dia hanya penghalang yang perlu aku hapuskan. Aku hanya mahukan dia. Dia yang aku yakin cinta. Kini aku akui, aku memang benar sayang.

~ please I need to see u. urgent aku ada masalah nak sharekan. Sahur sama k kat tempat biasa. I waiting. ~ Sent 3.30a.m
            Tanpa balas aku terus pergi berjumpa dia. Jam menunjukkan jam 4.30 pagi. Ternyata dia masih ada disitu. Tanpa lengah aku order makanan untuk bersahur. Perbualan seperti biasa. Seperti pasangan-pasangan lain. Selepas makan, dia mula gelisah. Mencari sesuatu bagi memulakan bicara tujuan sebenar perjumpaan ini. Handphone ditangan mula dipusing-pusingkan. Sebelah lagi mula mengetuk-ngetuk meja seperti menaip papan kekunci. Melihat dirinya yang gelisah. Aku mulakan bicara, “ cuba kau anggap aku adalah kawan, bukan special. Apa sebenarnya masalahnya?”.
            Perbuatanya semua terhenti. “ sebenarnya ex aku datang balik, dan dah 5 bulan…” dengan nada yang pelahan. Nafas aku terhenti, namun bukannya otak. Aku mencuba menghirup kembali udara segar umbun pagi. Dengan tenang, aku menjawab, “ okay. Jadi apa perancangan kau?” melihat keadaan aku yang tenang, dia menjadi tidak keruan, “ kau tak marah ke? Kau fahamkan aku cuba sampaikan?” aku cuma memandang screen handphone yang gelap itu. Jelas kelihatan wajah sendiri. Aku ingin pastikan muka aku masih tenang. Lalu membalas, “ faham. Ex kau datang balik dan mengandung 5 bulan. Anak kau? Jadi apa perancangan kau?” suasana ada sedikit tegang. Dia seolah –olah tidak puas hati dengan tindakan aku saat itu.
            “ okay, lah Azmil from today we, just a friend. Kalau aku adalah alasan yang sukar untuk kau buat keputusan. Tidak mengapa, aku boleh angkat kaki. Kita pun belum terlalu jauh melangkah. Mungkin hati aku sudah melangkah tapi bukan perbuatan aku. Jadi tiada masalah untuk aku undurkan hati aku. Well cinta, hanyalah satu perasaan yang boleh ditanam dan diwujudkan. Tapi apa yang kau lakukan… baik aku undur diri.” Jawapan yang aku berikan langsung tidak diterima olehnya. Sebolehnya dia ingin aku mengamuk dan untuk apa? Perlukah aku mengamuk? Memalukan diri aku. Aku belum terlambat. Tapi dia, tiada lain hanyalah tanggungjawab keatas kelakuannya. Noktah.
~ CINTA adalah satu perasaan yang suci dan anugerah dari Allah, maka tidaklah layak untuk dia dikotori oleh manusia seperti kau.~
            Kereta aku parking kemas dalam garaj. Kaki berat mahu melangkah keluar. Tangan masih disetering. Kujeling jam ditangan yang menunjukan jam 7 pagi. Entah kenapa terasa amat tenang dalam kereta itu hari ini. Fikiran memjadi kosong. Semangat mahu tidur kembali hilang. Lantas aku masuk kerumah, membersihkan diri dan bersiap ke tempat kerja. Hari ini dalam sejarah aku punch card seawall jam 8. Focus aku hanyalah tugasan aku yang terlalu banyak. Tanpa sedar jam berlalu pantas.
            Lusa hari raya. Hati berbunga-bunga mengenangkan hari kemenangan itu. Jadi aku minta cuti awal. Niat nak pergi tengok wayang jam 2 petang dalam jam 4 petang terus ke Johor. Wah rindunya kampong halaman. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            Suasana petang dipanggung sememanglah lengang kerana ramai yang focus untuk membeli belah buat sekian kalinya sebelum berakhirnya puasa. Disebabkan hobi aku menonton wayang, sendiri pun tidak janggal lagi. “ Miera? Hai lama tak berjumpa?” Ibnu, dia pasti akan muncul disini, tiap kali aku terdetik nak menonton. Perasaan bila bersama dia ini, lain. Yang pastinya dia hanyalah sekandal wayang aku. Berkongsi hobi menonton wayang. Untuk bercinta.? Cukup sekadar dia memiliki raut cinta yang pernah hadir dulu. Aku tidak mahu dibayangi dengan kenangan masa silam.
            “ miera dah lamakan tidak tengok wayang bersama. Thank sebab sudi temankan saya,”
            “ of couse la not prob. Memang dari tadi aku terpacak nak tengok wayang. Bukan berjanji pun kan. Oh, kejab eh? Ada phone call,” tiba-tiba phone bergetar. ‘myhubby’. Kenapa aku lupa nak tukar contact no ni. Hurm.
            “ assalamualaikum, what up.?” Berusaha aku menahan segala rasa agar nada suara aku tidak berubah. Aku mula mencari kekuatan dengan memangdang wajah Ibnu.
            “ nak minta tolong, cakap dengan perempuan ni, yang kau dah tahu semuanya. Tolong cakap dengan dia.” Hati dicurah sedikit rasa cemburu. Kedengaran suara seorang wanita dihujung talian. Bertalu-talu makian dituju terus pada aku. Aku cuba menahan riak muka aku didepan Ibnu. Namun entah kenapa dia dapat menghidu sesuatu dari tindakan aku. Telifon dimatikan. Segala kekuatan yang aku cuba tahan Hilang. “ kau okay atau tidak, kau boleh balik kampong ke ni.? Muka kau berubah pucat Miera. What happen?” kekuatan aku memang hilang. Memandang dia, kini aku rebah. I do need someone to talk and to share. Aku hanya seorang manusia yang masih berfungsi hati dan perasaan.
            “ so kau nak balik ke ni?” Ibnu mula menenangkan aku. Aku mengeleng. “ mana boleh aku balik. Urusan aku dimelaka masih belum selesai. Aku harus selesaikan hari ini juga.” Maka aku ambil keputusan untuk berjumpa dengan wanita tersebut. Urusan ini perlu diselesaikan segera, sebelum hati aku makin parah.
            Asar dimasjid selat. Dengan angin yang sepoi bahasa, jauh aku renung dipenghujung lautan. Pernah juga aku bayangkan pandangan aku tembus hingga aku nampak belakang badanku kembali. Bumi inikan spera. Jelas apa yang aku nampak, hanyalah aku. Kali ini aku yakin. Aku sudah sedia. Allah aku letak Engkau dalam hati aku saat ini. Jangan hampakannya. Terus aku ketempat kerja Wina.
            “Wina? Miera.” Wajahnya sedikit berkerut. Bukan kerana tidak mengenali aku. Tapi terkejut dengan kehadiran aku. Aku berbuka puasa dengan dia. Berbual dan berbincang seperti kawan. Rapat, seperti sudah lama berkenanalan. Tentulah rapat, kerana kami mencintai orang yang sama. Lebih kurang dua jam juga kami berbincang ditempat kerjanya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur dirumahnya. Jam 10 malam kami sampai dirumah. Selepas bersalaman dengan ahli keluarga Wina, aku terus dibawa ke dalam biliknya. Pintu bilik dikunci kemas, lantas belum sempat aku melabuhkan pungung ke kerusi, Wina mengenggam kemas tanganku. Naluri perempuan aku diketuk keluar malam itu. “ please Miera, I love him. Please let he go.for him” tangan aku terus dibawa keperutnya. Dapat aku rasakan ketika itu, bayi didalam menyambung tangan aku juga. Menyatakan hasrat yang sama dengan ibunya. ‘damn, why I become so sensitive ni.?’”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            “Sayang, kalau ada yang datang menghalangi cinta kita. Apa yang akan awak buat?”
            “ yang pastinya ada 2 pilihan, sama ada saya tinggalkan hubby, atau halangan itu akan menjadikan sayang saya kekal menjadi bukti cinta kita.”
Suasana petang itu, mendung. Sama seperti yang ada dalam hati ini. Hari ini hari raya. Tapi bila aku sedar pagi aku hilang. Dalam keadaan terkebil-kebil. Aku bangun dan terus mandi, aku belek beberapa pakaian dalam almari dan pilih 1. Aku capai topi dan keluar. Kunci motor ditangan dan melangkah keluar. Namun langkah terhenti seketika. “ akak? Pakai tudung kak,” teguran mak tidak diendahkan. Terus meluncur laju motorku keluar dari pekarangan rumah. Tiada tujuan. Fikiran aku kosong. Kosong sekosongnya. Sampailah tiba disebuah pokok besar disebuah tempat. Tempat yang terindah. Pelbagai kenangan kanak-kanak muncul dikepala. Jelas terukir, ‘we was here’. Senyuman pertama untuk hari ini. Telifon aku cari. Dari kemarin aku tutup telifon itu. Tidak mahu gangu. On kan saja beribu mesej muncul. Hanya satu tujuan aku. Buang segala sampah.
~ please let me explain everything. Balaslah mesej ini. Tolong jangan lari dari saya. Saya perlukan awak. Please.~ it is your last message I read. Then good bye.
~delete All message from MYHUBBY?~
~ YES~
~sure u want to block this contact?~
~YES~
~sure u want to set ‘myhubby’ to blacklist call~
~YES~
And I also send u in my junk file at my heart. May u go to hell.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seminggu berlalu.
            Migraine aku menyerang kembali. Aku ada audit minggu ni. Aku kuatkan diri. Kugagahkan jua menempuh minggu audit ini. Jumaat pun tiba. Esok ada appointment dengan doctor. Date with girlfriend la. Boleh pergi beraya sekali.
            “ Hye miss Miera, eh.? Ada appointment ke.? Doctor dah balik la.”
            “eh budak ni buat lawak pula. Yela. Doctor ada tidak?”
            “ doctor dah balik. Miss lambat la. Macam ni la new appointment k, isnin boleh?”
            “ no la, selasa la, isnin buzy. Always.”
            “ okay selasa, jangan lambat lagi k.”
            Berjumpa dengan BFF ni, memang favorite. Bukan apa layan kegilaan dia. Buat aku hilang stress. In second boleh join karaoke. In second boleh masuk panggung. Aku cuba selindungkan semuanya dari mata dia. Walaupun berkali-kali dia memaksa dan bertanya. Aku belum sedia bercerita dengan dia. Aku pasti dia akan mengamok besar. Apatah lagi Azmil adalah pekerja dia. Dia sendiri pernah cerita tentang perangai Azmil cuba mengorat dia. Aku pasti aku akan lebih tertekan jika aku berkongsi cerita ini dengan dia. Tiba masanya, aku pasti akan cerita. We BFF. No secrete. But please give me a time.
            Dari semalam, aku muntah-muntah. Badan jadi lemah dan lesu. Hari ini appointment dengan doctor. Aku pohon seribu kekuatan saat ini. Halangan ingin kesana pun aku tempohi dengan 3 kali aku berhenti untuk muntah dan lelap sekejab didalam kereta. Tetap jam 11.45 aku sampai hospital. Tiba dikuanter pendaftaran mata aku berpinar. Cahaya yang masuk kemata membuat aku makin stress.. dunia aku berputar dengan sangat laju. Akhirnya, aku rebah dihadapan pintu bilik doctor.
            “Miera, are u okay dear?” cahaya yang sangat terang masuk kedalam mata.
            “cahaya doctor, I can’t see. I can’t open my eyes. Please doctor help,” sekali lagi aku rebah, terus aku diarahkan untuk mendaftar masuk ruangan kecemasan. Seluruh kawasan kecemasan digelapkan kerana aku. Huru hara hospital dibuatnya. Terus aku ditolak kedalam private room for VIP. Nasib baik tanggungan atas syarikat, kalau diri sendiri menangis rasanya nak membayar bill hospital.
            Sengaja aku biarkan diri aku bersendirian di hospital. Hanya rakan terdekat yang tahu keberadaan aku. Mungkin aku perlukan rehat ini. Lama juga aku tidur. Pengaruh ubat yang diberikan. Buka saja mataku. Sesusuk tubuh yang dari tadi tenung aku. “mak?” tubuh itu mendekati aku. Lembut membelai rambutku. “ iya. Mak ini, Miera okay tidak?” dalam keadaan masih mamai aku bangun untuk duduk. Sesusuk tubuh kelihatan lagi. Wajah yang aku tidak aku perlukan. “dah lamakah mak disini?” perbualan diteruskan tanpa mengendahkan susuk tubuh itu.
            “ kau buat apa kat sini? Setahu aku, kau dah tidak diperlukan lagi. Mana kawan aku, apa pasal dia ada kat wad bersalin pula. Eh kejab ko buat apa dengan kawan aku ni sampai dia masuk sini. Ko ni memang la, aku dah agak dah masalah betulah. Eh aku dah warning kaukan. Mana kawan aku.” Dari jauh kedengaran suara Nad, membebel diluar wad. Berubah wajah dia apabila kelihatan aku bersama ‘mak’.
            “ Apa yang kau bebel Nad. Kenalkan mak Azmil.” Nad terus salam mak Azmil dan menghulurkan bubur untuk aku. “ pehh Nad. I love u la. BFF aku buatkan bubur,” hanya senyuman kelat diwajah Nad. Aku tahu pelbagai persoalan dalam kotak fikiranya. Biarlah masalah aku belum selasai lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Miera, I cuma ada Azmil. Dunia I hanya Azmil. I mengaku I perangkap dia. Hanya ini cara untuk I dapatkan Azmil.,” aku hanya mampu baring dan mendengar cerita dia. Bayi itu telah membawa perasaan benci kami pada lelaki bernama Azmil. Malam itu jadi sangat panjang. Aku ajar cara-cara aku tunjukkan ego Azmil pada Wiwi. Wiwi berhak diberikan peluang untuk betulkan kesilapannya. Mungkin hadirnya aku adalah sebagai kesedaran buat mereka atas perbuatan mereka.
Di hospital, Azmil datang lagi keesokkan harinya ditemani Joe sahabat karibnya, merangkap orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan dia. Joe adalah rakan sekerja aku.
“ Miera kau tahu aku benar-benar cintakna kau. Hanya kau yang mampu buat aku bahagia dan Miera please terima aku. Aku janji aku akan bertanggungjawab. Kita kawin dan kita jaga anak aku tu. Bolehkan? Please Wiwi dah sedar yang dia perangkap Aku. dia janji yang dia tidak akan simpan benih tu. Dia mengaku dia goda aku sampai aku terleka. Please Miera. Please give I a chance. I prove to U. I treat u like u deserve. U yang paling layak untuk aku. family aku, dia orang semua suka u. I begging u. please. I cant life without u. Wiwi tipu aku. Aku bukan yang pertama pun sebelum ini Wiwi dah bertunang. I believe yang tuning dia yang rosakkan dia dan..” belum habis kata-kata aku memotong,
“ dan kau pun berhak sentuh dan rosakkan dia lagi. Macam tu ka? Semudah itu aku perlu terima kau. Kau lupa yang aku ni perempuan ke.? Azmil. Azmil.Azmil. memang aku terdesak mahukan cinta. Aku sedar aku dah 28 tahun. Berapa banyak pilihan lagi yang aku ada untuk memilih. Tapi. Kau perlu ingat sepekara. Bukan aku yang mulakan permainan ini. Kau. Aku redha dengan apa yang belaku. Aku anggap ini salah satu ujian buat aku. Aku jalani kehidupan yang Allah berikan ini. Jagala dia seeloknya. Kau mahu yang terbaik, aku. Tapi kau tu terbaik ke untuk aku pilih? Jelas dan nyata kesalahan kau. Aku tidak menghukum, aku cuma membenarkan diri aku memilih yang lagi jelas. Look at the mirrow. Penipuan kau pantul pada kau balikkan. Jadi aku tiada kesalahan pada kau. Sudah. Berhenti. Aku tidak mahukan kau dalam hidup aku. Aku belum tersedak memilih khilaf. Berkhawin dengan dia, bimbing dia dengan agama, dan moga kalian bertaubat. Kau masuk ikut pintukan, keluar pun ikot pintu k. I’m tired, I wanna to sleep. Joe. Thank you datang melawat. Silalah bawa kawan kau ni balik. Aku penat. Apa-apa pun terima kasih. Kita sudah tiada apa-apa urusan yang tertunggak lagi okay.?”
Sejak dari itu, Azmil masih belum mengalah mencari aku dirumah sewa. Nasib baik aku ada keluarga angkat. Sebulan juga aku menunpang rumah mereka. Pelbagai ganguan aku terima. Dari keluarga Azmil dan Wiwi. Aku hadap dengan tenang. Aku sibukan diri dengan reakrasi dan buat kerja sambilan membantu keluarga angkat menjual satay. Bulan 8 ini, akan berakhir la kesensaraan aku. Mohon tiada lagi gangu dari mereka. 8 hari bulan 8, mereka selamat diijabkabulkan. Even sehari sebelum tarikh itu pun Azmil masih merayu, Wiwi masih mengangu. Aku bawa diri aku ketempat paling jauh. Mengubat segala luka dihati ini.
Subuh itu di Camaron sangat dingin. Aku bangun dan keberanda. Jelas sangat pemandangan yang paling aku dambakan. Aku jelling jam ditangan. Sudah seminggu kalian bernikah. Aku maafkan kalian. Terima kasih kerana datang dalam hidup ini. Jadikan satu pengalaman baru dalam hidup aku. Akan aku sentiasa jadikan kisah kita satu pengajaran untuk aku dan mungkin rakan-rakan aku suatu hari nanti.
END.

Tuesday, August 16, 2016

CURANG ( kesilapan yang kausembunyikan)

~ Ini Kisah Cinta~

“ Girl, u wanna know about my boy right. Why his deserve to be left? I think, I’m ready to talk.” Dia kelihatan agak tenang petang itu. Status-status dan moment di wechat pun semakin positif. Aku percaya dia memang sudah sedia menceritakannya. Dia menarik nafas panjang. Aku dapat rasakan satu beban yang sudah dia lepaskan.

“He was married last fortnight.” Berombak perkataan yang masuk kedalam hati aku. Melanggar luka-luka baru dalam hati ini. Nafas menjadi kencang. Aku membalas,” what a fucking shit u are taking about. It is my story. Why u? so clam up. What a bitch I am. I face it in fantasy. But u are facing the reality. Girl why u are hide it from me? A month?” rasa nak terbalik meja di cafe itu. Tanpa sedar suara aku sudah menarik mata-mata yang ada dalam cafĂ© itu. “ Girl, cool down. Everything is done. Please. I am okay now. Ceritanya bermula macam ni. Bulan 3 aku kenal dia, dan sebenarnya bulan 2 dia bertunang….” Fikiran aku melayang jauh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Oit budak pendek. Aku bukan rasa kau ni terbaik untuk my girl. Kau mainkan perasaan dia. U finish! Understand,” dalam hati Allah yang tahu. Menyampah aku lihat wajah playboy ini. Pernah dia usha untuk dapatkan aku. Siapa sangka dunia ni terlalu kecil. Kawan baik aku tersangkut dalam perangkap dia. Aku hanya mampu doa yang terbaik untuk kawan aku ‘my girl’. 

“ oit berbuka mana? Jom berbuka dengan aku. Aku bosan berbuka dua saja. Dah la dia datang lambat.” Sebuah panggilan aku buat. Sudah pastinya kepada my girl. My bestfriend ever. Temujanji juga telah ditetapkan. Kami berjumpa di Achik Bistro untuk berbuka puasa. Aku yakin dia sedang bahagia. Mungkin si kechik itu mampu jaga baik kawan aku. Walaupun kami dekat sangat sekarang ini, tapi jauh sekali mahu lepak. Kami selesa begini. Kerana rapat hanya boleh menerbitkan rasa menyampah. Ada gambaran lain pada wajah dia. Dia stress dengan kerja, tapi aku yakin ada yang mendengar itu sekarang ini. Aku bukan pendengar yang terbaik untuk dia. Tapi dia adalah pendengar yang baik untuk aku. Cuma tukang nasihat,dia mengaku memang fails. Tapi aku senang.

“ Amil jaga baik aku. So kau tidak perlu risau k. semalam aku pergi rumah dia. Jumpa family dia, kami buat itu, buat ini ……” aku yakin hati dia akhirnya dimiliki walaupun aku ada ragu yang banyak terhadap lelaki itu. “…… Nadi, aku dengan dia..” aku mula menganguk. Faham apa yang cuba dia sampaikan. “ it’s ok girl. No need to think about me if your destiny with him come earlier, aku okay ja,walaupun aku jealous. Aku sendiri tidak tahu sejauh mana jodoh aku dengan Add. Aku harap dia ok? Kot?” masa berlalu sehingga aku perasan dia hilang dalam wechat dan muncul sebagai orang lain. 

~ Girl are u in trouble. Reach me while u get this message. Hope your phone is okay.~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Nadi, aku harap kau tidak kecil hati dengan aku. Bukan aku saja biarkan kau jadi yang terakhir yang tahu kisah ini. Aku tahu kau. Aku tak mahu kau mengamuk dekat office kau. Memandangkan dia adalah anak buah kau. Janji dengan aku. Tiada apa-apa akan berlaku. Dia dah pun kawin. Dan menjalani tugas dia sebagai seorang bakal bapa dan suami. Don’t judge him ok. Aku dah maafkan dia,” kuatnya hati kau kawan.

Siapa sangka, aku menghadapi masalah secara maya. Kau kawan baik aku menghadapinya dengan kaki yang berpijak ditanah. Hati aku kini terluka lagi. Kenapa ada orang yang mampu berdiri dalam dunia aku. Sedangkan aku sekarang sedang mencuba untuk lari. Kalau aku berdiri lagi? Mampukah aku melangkah? Hapuskan semua tanda tanya ini?”

Kepercayaan kami terhadap lelaki semakin pudar, dalam kongkongan dan perhatian yang penuh, rupanya hanya sandiwara yang sedang menutupi kesilapan. Pedih aku rasa diserang sebagai perampas sedangkan aku cuba untuk menyakinkan diri aku adalah wanita yang dicintai dia. Namun lagi pedih bila kawan aku sudah merancang untuk kesyurga tapi dikejutkan dengan berita lelaki yang ingin menjadi iman gugur imannya kerana nafsu tertanam dalam jasad seorang gadis. Sedihnya mengenangkan betapa kejamnya dia menghukum wanita itu, sedangkan benih yang ditanam sedang membesar. Cuba melarikan diri dan membunuh secara diam. Menjadikan wanita lain sasaran untuk jauh dari tanggujawab itu. Kenapa Allah temukan kami dengan mereka? Aku tidak menyangka, doa aku kepada orang lain, rupanya sebuah cerita reality yang sedang kawan aku lakonkan. 

~ eh perempuan, kau ini kacau aku, sibuk menyibuk kacau aku, kenapa? Oh mungkin kau sekarang dah mengandung anak Add, then Add tidak mahu bertanggungjawab, sebab tuh kau gangu aku? Sebab Add pilih aku. Wei kalau itu betul belaku, go ahead. Take him away from me. I not cheap to stay. And I not stupid to let it happen. It is marriage not main pondok2. U really want him. Get him because I let he go. End and don’t call me again.~