nuffnang

Friday, March 9, 2012

Cinta second chance

… ~ Ini kisah Cinta ~ …

                Pagi itu sememangnya indah. Selepas solat subuh, aku melangkah keluar untuk berjoging di taman berdekatan taman perumahan tempat tinggal aku. Seawal pagi juga, aku menerima pesanan ringkas daripada si dia. ‘selamat pagi Cinta.’ Hanya senyuman  yang mampu aku balas kerana kredit kekurangan. Aku mulakan hari dengan ceria dan sungguh bermotivasi.
                Hampir setengah jam aku beriadah. Kini tiba di sebuah pondok sebelah kolam ikan. Seronok aku melihat kanak-kanak kecik bergelak ketawa. Meriah sungguh taman permainan ketika itu. Terimbas kembali memori zaman kanak-kanak. Tiba-tiba si kecil itu datang kepadaku dengan sekuntum mawar merah. Seorang demi seorang. Aku kehairanan. Jauh pandangan aku ke suatu sudut.
                Si dia memandangku.  Entah mengapa hati aku keliruan. Jantungku berdebar-debar. Pandangan matanya menerkam. Aku kaku. Langkah demi langkah diatur oleh dia membuat nafasku seolah berhenti berdetak. Apa yang dia mahu lakukan ini. Fikiranku tidak menentu.

                Selepas peristiwa itu, aku mengikat tali pertunangan dengan si dia. Bila mengingati peristiwa itu, ibarat mimpi indah dalam hidupku. Ingin saja aku rakam kembali detik-detik sejarah dia melamar aku. Kini tinggal sebulan lagi. Aku akan diijabkabulkan dengan si dia. Berbaur rasa dalam hati ini. Persiapan sudah hampir 95% siap. Takut juga bila mengenangkan tanggungjawab yang harus aku pikul selepas ini. Namun aku yakin aku sudah bersedia. Aku yakin sungguh.
                “ ni makcik nak bagi petua malam pertama. Kau kene tahu ini. Nanti kau jangan takut pulak bila dah pecah dara.” Pecah dara?
                Malam itu, aku tidak senang duduk. Bulan sungguh terang. Dihiasi bintang-bintang. Sesungguhnya malam itu sepatutnya menjadi malam yang indah dan tenang. Sebalik rasanya bagiku. Aku menanti si dia. Hati aku sangat resah. Bagaimana harus aku berterus terang. Rasa serba salah mula memelukiku. Teringat peristiwa itu. Peristiwa yang membuat aku rasa bersalah pada si dia. Apa yang harus aku lakukan. Kini si dia dihadapanku.
                Menangis, hanya itu yang mampu dilakukan. Si dia hanya meninggalkan aku tanpa kata. Ketara perubahan pada wajahnya. Kesal menyelubungi jiwaku. Andai mampuku undurkan masa. Azman. Lelaki yang pernah aku kenali dulu. Berjanji sehidup semati. Membawa aku hanyut dalam dunia kami. Lupa akan hukum Allah. Sibuk dalam mengejar cinta dunia hingga lupa pada tanggungjawab kepada pemilik cinta. Dalam usia yang muda aku menghambakan diri pada cinta. Azman masa itu sudah bekerja sebagai jurujual di sebuah gedung membeli belah di ibu kota. Aku pula baru tamat peperiksaan SPM. Sibuk juga ingin bekerja sama tempat dengan Azman. Keluargaku mengizinkan aku bekerja. Mereka tidak tahu hubungan aku dan Azman.
                Malam itu, aku dan Azman kerja syif malam. Jam 12 tengah malam tamatlah kerja kami. Malam itu sememangnya dingin. Ketika itu kebetulan Azman baru beli kereta Wira 1.5 berwarna merah. Malam itu juga, Azman telah berjanji dengan aku mahu menghantar pulang kerumah selepas kerja. Seperjalanan pulang kerumah, kami ditemani hujan yang lebat. Keadaan jalan lengang dan sunyi. Entah mengapa Azman keresahan. Dipandu pelahan keretanya. Setiba disebuah rumah sebuah rumah tinggal, Azman memberhentikan keretanya. Saat itu, aku merasa kelaianan. Azman menyentuh dan membelai rambutku. Suasana disekitar sunyi. Hanya ditemani suara radio dan deraian hujan yang masih lebat.
                Azman mengucapkan kata indah dan romantis sambil membelai tubuhku. Aku ternoda. Malam itu kami bermalam didalam kereta hampir kesubuh. Setiba dirumah, abah dan mama belum terjaga. Aku menyelinap masuk kedalam rumah. Takut menggangu abah dan mama. Setiba di katil aku hanya diam dan membanyangkan apa yang telah berlaku. Umpama mimpi, dia mebelai dan melayari bahtera dalam kereta itu. Aku tertidur.
                Aku terjaga. Barangan hantaran tersusun di birai katil. Aku memandang sepi. Tinggal seminggu lagi aku akan bergelar seorang isteri. Setiap hari aku hanya harus bersedia menunggu kata putus si dia. Namun sampai sekarang masih tiada kata putus. Si dia masih sepi tanpa berita. Hanya yan aku tahu, perkhawinan ini harus diteruskan walaupun tanpa pengantin lelaki. Aku rela dimalukan. Aku harus menerima karma yang datang. Aku yakin pada janji Allah. Sesungguhnya aku sudah bertaubat. Azman pergi meninggalkan aku 3 bulan selepas itu. Aku menyesal kerana membiarkan dia mengambil harga diri aku. Aku hanya mampu memohon keampunan pada Allah.
                Sedang aku mencari hidayah untuk menhapuskan dosa-dosaku, si dia la yang banyak membantu. Tamat pengajian dalam jurusan diploma kesetiausahanan, aku ditawarkan bekerja di syarkat si dia sebagai setiausaha. Sepanjang perkenalan dengan dia, hubungan yang terjalin hanyalah hubungan antara majikan dan pekerja. Namun tiada siapa yang mampu menduga hati seseorang. Sememangnya hubungan kami dilanda kontroversi di pejabat. Ramai yang menyatakan si dia ada perasaan dengan aku. Tetapi aku hanya menggangap itu hanya omongan kosong. Sekadar mengusik.
Lamaran si dia membuat aku terkesima. Setiap hari aku memikirkannya. Indahnya ibarat gula-gula. Kini aku hilang kemanisannya. Bagaimana aku harus tempuhi hari-hari aku jika benar si dai tidak hadir pada hari penikahan itu nanti. Tekanan aku memikirkan masalah ini. Namun itu harus aku lupakan sejenak. Tetapi bagaimana kalau orang lain tahu rahsia aku ini. Apa yang harus aku lakukan.Malam itu, aku x mampu tidur. Esok aku akan diijabkabulkan. Apa yang akan terjadi esok.
“ mana pengantin lelakinya, Zulaikha.”
“ dalam perjalanan imam.” Jawabku
“oh, kita tunggulah dalam setengahjam lagi.” Tok imam memberi arahan.
Hampir sejam aku menunggu dengan sabar. Aku pasti si dia tidak akan hadir. Hati aku mula menangis. Aku keliruan. Berpusu soalan diaju pada aku. Tiada jawapan yang mampu terjawab. Tetamu semakin ramai yang datang menjamu makanan. Ramai yang menantikan pengantin lelaki sepatutnya jam sepuluh tadi aku telah diijabkabulkan. Namun sekarang jam hampir ke jam 11.30. jika diberi peluang ingin sahaja aku menhentikan waktu dan lari semahu aku. Tiba-tiba suara adik-adik aku kedengaran.
“pengantin lelaki dah sampai. Pengantin lelaki dah sampai.?!” Tersentak jantungku. Si dia kelihatan amat kacak dan tenang sekali. Ingin sahaja aku kearahnya dan meminta dia jangan teruskan pernikahan ini. Apa yang nampu aku lihat dia mengongcang tangannya bersaksikan tetamu yang hadir. Apa yang dia lakukan ini. Adakah dia mahu membalas dendam. Dia kini berada dihadapanku. Aku tunduk. Dia memberi salam padaku. Aku menjawab dengan renungan yang penuh persoalan. Hanya satu jawapan yang membuatkan aku terpaku dengan senyuman. “ Awak pengantin yang paling hodoh. Cuba senyum dihari bahagia kita ni. Cantik pun isteri saya ini.”.
Hari berlalu dengan seribu persoalan. Kini aku dan dia. Di dalam sebuah bilik. Bilik kami. Berdebar hati ini. Si dia ada dalam bilik air sedang mandi. Aku pula menunggu di tepi katil. Ibarat menunggu hukuman mandatori. Ibarat cacing kepanasan. Akhirnya dia keluar. Aku memadang pucat. “takut ke? Bukan ke awak dah biasa buat ini.” Sindiran tepat menguris hati ini. Semamangnya patut aku dihina sebegini. Kutahan air mataku.
Tangannya menyentuh pahaku. Sejuk. Aku tersentak lantas bangun dari tempat dudukku. Ingin  sahaja aku keluar dan menangis sepuasnya. Namun dia menghalang. Dia memengang erat jejariku. Lantas dia berdiri dihadapanku. Air mataku jatuh tanpa mampu aku seka lagi. Aku tunduk.  Lantas si dia terus memenggap pipiku dengan kedua tangannya. Ibu jarinya menyapu air mataku. Matanya dan aku bertaut. Dia mencium lembut dahiku. Ucapan cinta kedengaran di corong telingaku. Aku menutup mata.
Kini aku didalam pelukan dia. Tenang dan mendamaikan. Aku cuba meleraikan pelukan dia, namun gagal. Dia terjaga. Tiba-tiba kedengaran suaranya.
“Lyqa tahu kena abang teruskan perkhawinan ini.” Aku hanya mengeleng. Tidak mampu bersuara. “ abang yakin dengan Lyqa. Apa yang telah berlaku mungkin kesilapan Lyqa yang Lyqa cuba untuk perbaikinya. Abang jatuh cinta dengan Lyqa dari cara Lyqa bergaul, melayani tetamu-tetamu abang dipejabat, cara Lyqa bertutur dan abang pasti apa yang berlaku adalah kesilapan. Kejamlah abang jika menghukum Lyqa yang cuba untuk jujur dengan abang. Abang jatuh cinta dengan diri Lyqa. Dara dan sebagainya itu hanyalah pemanis. Tetapi yang pasti abang tahu yang Lyqa jujur dalam perhubungan kita. Ini peluang kedua dalam hidup Lyqa. Lyqa layak mendapatkan cinta. Itu janji abang. Abang akan tetap cintakan Lyqa selamanya.
Sekali lagi air mata aku mengalir. Terima kasih Allah atas cinta yang engkau berikan. Sesungguhnya aku mencintaimu, suamiku kerana Allah yang telah menjodohkan kita. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment