Cerita
bermula daripada Cinta. Tanpa cinta tidak akan lahirnya generasi dan
waris keluarga dalam dunia ini. Bijih yang ditabur menjadi embro yang
membiak dan berkembang. 9 bulan 10 hari, lahirlah seorang juara kedunia.
Ini kisah seorang juara yang hina.
Aku
dilahirkan kedunia. Adakah ini satu bala? Apakah dosaku dicampak ke
dunia ini.? Aku tidak tahu. Namun aku diajar mengenal dunia. Mengenal
tugas-tugas yang perlu aku jalani sepanjang perjalanan aku di dunia ini.
Kini aku sudah menjangkau 20 tahun. Hampir mengenali apa itu dunia,
untuk apa kewujudan aku ke dunia.? Namun aku masih mencari kenapa
wujudnya syurga dan neraka, adanya dosa dan pahala, kenapa Allah menguji
iman kita didunia ini.? Adakah ini karma.?
Aku
dikurniakan kehidupan yang sederhana. Dikelilingi dengan pelbagai ragam
manusia yang mengejar dunia, mahupun akhirat. Pelbagai cara dan
pengajarang yang aku nampak depan mata. Keluargaku datang dengan ilmu
agama yang sederhana. Aku diajar mengaji, solat dan asas islam seawal
usia 4 tahun. Sesungguhnya aku anak yang nakal. Hati aku meronta.
Sungguh aku tidak mengemarinya. Aku sering bertanya kenapa aku diuji
kedunia ini. Kenapa aku dijadikan sebagai seorang perempuan.
Persoalan
yang ada jawapan namun hati aku masih menegah, masih memberontak.
Terutama apabila aku diminta menutup aurat, menjaga batasan, menjaga
perkataan, dan sebagainya. Aku mula mencari jawapan,melalui pengalaman
orang dan pemerhatian. Aku kenal dia, mungkin dia jodohku. Dalam
perjalanan mencari diriku, aku hampir tersesat. Namun aku bernasib baik.
Aku berjumpa dia. Dalam bulan yang penuh keberkatan.
Aku
benci abah dan mama. Aku dipaksa duduk diasrama. Aku dipaksa belajar
agama, bahasa arab, berjauhan daripada kawan-kawan yang aku kenali yang
pastinya kehidupan aku sangat menyeksakan tinggal dalam kalangan orang
yang berkata kasar. Aku dipulaukan. Aku dibuli. Aku diejek. Aku jauh
dari diri aku yang ceria. Aku belajar berdendam. Aku hilang sokongan.
Aku kesepian. Aku hilang semangat. Namun aku percaya yang Allah itu ada
untuk aku.
Namun
sedikit demi sedikit. Aku semakin jauh daripada cintaku. Aku
mendekatkan diri dengan syurga dunia. Aku mula mencuba sedikit demi
sedikit. Aku hampir kehilangan harga diri. Namun aku tersedar. Allah
sayangkan aku. Aku cube mencariNya kembali.
20
tahun. Pelbagai pengalaman yang aku tempa. Masih mentah dan kini dia
tiada lagi hampir 3 tahun dia meninggalkan aku. Namun setiap pesanan,
memori tentang dia segar dalam igatan. Namanya kekal terpahat walaupun
sakitnya jelas terasa.Aku jauh dari mencintai manusia. Aku persiakanya.
Kini
aku bertemu dengan cinta itu lagi. Namun berbeza. Akhirnya dengan
pujukan dan janji. Aku terlanjur. Aku menyesal. Hinanya diriku saat itu.
Namun ada satu perasan lega. ‘aku dah xde dara, aku tidak perlu
menjaganya lagi, lantakla sama dunia’ suara itu menjerit.
Alangkah
musnahnya harapan dan impian mama dan abah kalau tahu perkara ini. Aku
ambil keputusan untuk berterus terang. Aku harus beritahu mereka.
Mengharapkan restu daripada mereka. Hampanya dia tidak mahu. Dia kata
belum bersedia. Aku…..
Aku
dipersimpangan. Satu jalan yang diberi untuk tinggalkan dia kalau dia
masih tidak mahu berjumpa dengan keluarga aku atau.. aku teruskan
perhubungan yang hina ini. Aku bencikan perhubungan ini. Namun aku tidak
pasti adakah itu cinta atau nafsu semata-mata. Aku bukan murahan.
Melepaskan dia sedangkan dia dah ambil apa yang aku jaga. Aku bukannya
pentingkan diri. Aku sayang keluarga aku. Aku sayang dia.
Haruskah
aku mati,sedang diri diselimuti dosa yang hina. Mampukan aku meminta
pada kekasihku, sedang aku curang. Aku menghampiri perbuatan yang paling
hina bagiNya. Namun aku yakin Dia selalu ada dengan aku. Mengharapkan
air mata aku yang dahulu sering menangis mengharapkan Dia dalam setiap
kesulitan. Aku hamba-Mu yang sombong. Enggan sujud pada-Mu. Aku malu, Ya
Allah! Aku hina, Ya Allah. Masihkah aku diterima untuk berada dalam
syurga-Mu. Apayang perlu aku lakukan Ya Allah. Berikan aku jalan-Mu.
Sesungguhnya aku sudah mengalah.
No comments:
Post a Comment