nuffnang

Thursday, October 18, 2012

Hari-hari Ku

~Ini Kisah Cinta~
                Termenung. Itulah rutin harian aku ditempat kerja. Bukannya aku melular atau makan gaji buta tetapi mungkin juga aku dibayar untuk termenung. Pelik tapi benar. Aku  seorang gadis yang baru tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif. Mendengarkannya cukup mengerunkan bagi jejaka diluar sana untuk mendekati aku. Jurusan sahaja yang gagah, orangnya masih wanita yang asli dari utara. Setiap hari aku akan mulakan hari aku dengan kerja. dari celiknya mata kul 9.30 pagi bersiap-siap untuk bertugas disebuah restoran makanan segera yang terkemuka di Malaysia. Jurusan Mekanikal tapi kerja di restoran makanan segera sahaja.? Aku sedang menunggu peluang untuk kerja yang lebih baik.
                Cinta. sudah lama aku tinggalkan Bersama luka yang masih ada dalam hati ini. Mungkin kerana terlalu muda untuk menganalinya. Maka itu aku sering kecewa. Kesilapan yang besar aku lakukan adalah memilih. Menjadi kesalahankah apabila kita memilih untuk keselesaan diri sendiri? kebanyakkan lelaki yang rapat denganku selalunya hadir dengan pelbagai karekter. Ada yang romantik, jiwang berbunga-bunga. Sedang aku, memestinya mengharapkan lelaki yang kasar setanding aku yang meminati kereta, cukup sifat-sifat keeogoan lelaki, yang tidak pandai melayan kerenah wanita dan yang pastinya bertanggungjawab. Maka itu juga aku sering terkecewa dengan pilihan hatiku sendiri. Kematangan lelaki mampu menipu wanita muda seperti aku.
               Bukan itu cerita cinta yang aku ingin karangkan tetapi tentang cinta aku pada kerjaya aku sekarang. Sesungguhnya aku sangat cintakan kerjaya aku sekarang. Banyak pengalaman yang berharga tidak ternilai disini. Aku pernah meminta sesuatu pada Tuhanku. Berikan aku antara dua perkara cinta iaitu manusia atau kerjaya yang mana satu akan hadir dulu?
                Hari-hari yang aku lalui bukan senang sebenarnya. Termenung itu hanya pada hari bekerja dan di kawasan 'kiaosk ice cream' sahaja. Jika aku ditugaskan dibahagian hadapan kauter, lain pula ceritanya. Berhari-hari menjalani kehidupan begini, berhadapan kerenah manusia yang pelbagai buat aku semakin kuat untuk lupakan cinta manusia. Itu petunjuk awal yang aku harus cinta pada kerjaya aku dahulu. Kesibukan ditempat kerja membuatkan aku jauh daripada kawan-kawan setempat lepak. Benarlah apa yang dikatakan. Waktu yang palin menyeronokkan adalah ketika belajar. bebas ingin kemana tempat yang dikehendaki. bebas memikirkan tentang tanggungan mahupun cara untuk memcari duit. bebas melakukan kehidupan yang lebih sosial bersama kawan. 
                 Namun bila ditempat kerja, lupa segala masalah hati yang terluka. Namun kerana kepenatan yang teramat, sifat amarah pula mudah mendekati. Medium pelepas kemarahan sudah tentulah adik-adik, adakalanya pelanggan juga dimarahi. 'custumer always right' sangat la tidak pratikal untuk diterapkan. Jika berhadapan dengan kerenah pelanggan yang semuanya betul, sukar untuk kita mengendalinya. Ada yang sombong dengan merasakan mereka ada duit dan mampu membeli makanan disini, ada juga yang pertama kali dapat merasa makanan sehebat yang kami sediakan, ada juga yang berhari-hari membeli makanan yang sama hingga aku sendiri xperlu menunggu lama dan hanya tekan cursur pilihan dan sebagainya. Jika hendak menceritakan kerenah pelanggan mungkin dilain coretan.
                Suatu hari datang seorang lelaki yang memesan set ayam goreng dan kopi panas. Aku menghidangkan pesanannya. Kerana ketampanan wajah dan ketegapan tubuh buat aku terpesona. Pada mulanya aku hanya mengendahkan kehadiran dia. Mungkin secara kebetulan, aku bertugas mengambil pesanan dan dia datang untuk membelinya. Hampir seminggu kemudian aku ditugaskan di kawasan 'desert center'. Jadi pertemuan kami terhalang, 
              suatu hari sedang aku mengambil pesanan dari seorang pelanggan. aku ternampak kelibat dia membeli makanan disebelah kiosk tempat aku berkerja. Mataku dan dia terpana, hati aku dapat merasakan yang dia juga teruja melihat aku. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah belagak tidak perasan dia. aku tekun membuat ais kream yang telah dipesan. Apabila aku berpaling untuk memberikan ais kream yang tersedia, die berdiri dibelakangku dengan sebuah senyuman. Cair hati aku ibarat ais kream yang aku buat. Aku membalas senyumannya dan dia berlalu kerana makanan yang dipesan sudah tersedia. Kecewa rasanya kerana tidak mampu untuk berbual dengan dia.
             Seminggu kemudian, aku ternampak dia sedang menjamu selera dibahagian belakang restoran.Ibarat ada satu semangat baru untuk memulakan kerjaya aku. Aku dengan pelahan melangkah kemas kearah dia. tapi hampa menyelubungi apabila dia bersama isterinya yang sarat mengandung sedang menjamah ayam goreng. Aku terus menukar langkah untuk selindungkan langkah aku yang ingin kearah dia tadi. Keesokkan harinya, sekali lagi dia datang kearahku semasa aku sedang mengambil pesanan. Kali ini dia dan isteri serta anak lelakinya yang berusia 1tahun lebih datang untuk membeli makanan. Aku hanya mampu tersenyum kelat saat itu.
               Bertapa mudahnya aku jatuh cinta. terutamanya pada lelaki yang berstatus suami orang. Ini bukan yang pertama, tapi aku yakin ini lah petunjuk seterusnya untuk aku terus fokus dalam kerjaya. Akhirnya penantianku berakhir apabila aku ditawarkan untuk mengikuti program di CTRM untuk diterapkan sebagai juruteknik sepenuh masa disana. Ini peluang aku untuk mencapai cita-citaku sebagai IR suatu hari nanti, Insyallah.

No comments:

Post a Comment