nuffnang

Sunday, July 24, 2016

Impian ( bahagian 1)


Perasaan tidak akan jadi sama. Itu pasti bila cinta sudah dikhianati. ‘ kau fikir kau saja yang rasa’
Hari ini aku terima lamaran dia. Dia yang aku kenal sebulan yang lepas. Kenapa begitu awal untuk sebuah hubungan yang serius ini. Biarlah aku simpan sakit dalam hati.
‘perampas’
“ kau pernah fikir perasaan perempuan yang kau rampas hak dia buat sementara?” persoalan itu menjadi duri yang hidup dan terus melukakan daging.
Hari ini tibalah saat yang aku impi untuk hadir. Aku idamkan untuk singgah. Segala persiapan tersusun dengan mudahnya. Senang kata, kalau dah jodoh Insya Allah jalan yang diberi pun cukup mudah. Tepat jam 12.00 tengah hari aku ditabalkan menjadi Pemaisuri buat seorang Raja. Jawatan yang amat tinggi aku nilaikan sebagai seorang isteri. Bagi meraka ini adalah hari biasa-biasa bagi seorang dara dan teruna. Namun ini adalah rahmat bagi aku. Tidak semuanya berjaya atasi. 28 tahun penantian.
“ kau rasa bahagia duduk berdua diatas singgahsana itu ke Mira?” keadaan menjadi tegang. Dejavu. ‘ aku seperti pernah berada dalam situasi ini.’ Kelihatan Raja turun dari singgahsana meninggalkan aku seorang. Ditarik tangan wanita itu jauh dari penglihatan aku. Muka menjadi kebas. Malu, Marah berbaur menjadi 1. Anggota badan menjadi kaku, kepala mula rasa melayang jauh. ‘aku pernah berada dalam situasi ini tapi dimana?’ maka saat pemaisuri bangun dari tempatnya, saat itu juga pemaisuri jatuh rebah, menimbulkan suasana panik.
Sesedar aku, aku berada didalam sebuah kamar. Aku memandang kananku si dia yang menikmati tidur yang lena tanpa sebarang masalah. Aku bangun dari perbaringanku. Mengadap pintu bilik yang tertutup rapat. Terasa dahaga yang tidak terhingga. Kelihatan anak-anak buah dan saudara mara juga sedang enak tidur diruang tamu. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Tidak hairanlah semuanya sedang nyenyak. Rumah masih berada dalam 50% tidak terurus. Jalan menuju ke dapur menjadi sangat jauh dengan halangan yang diletakkan disepanjang laluan. Mendapat seteguk air amat menyegarkan. Terintai inai dijariku, Teringat kembali apa yang telah belaku tadi. Kepala menjadi pening kembali. Aku keluar cuba menghirup udara yang segar diluar sana. Apa yang sebenarnya berlaku?
“Assalamualaikum, kat sini rupanya isteri abang. Ingatkan mengigau berjalan tadi. Risau abang dibuatnya.” Si dia, suami aku, menengur dari belakang. Agak lama rasanya aku berada duduk digazebo ini. Tiada jawapan yang mahu aku balas. Hanya sebuah renungan yang agak dalam. Entah kenapa pelbagai persoalan berlari-lari dalam fikiran ini. Tangan kanannya menyentuh tanganku. Sebelah lagi menyentuh dahiku. “ dah tidak panas dah. Tapi panas sangat. Takot ke nak jadi isteri abang. Sampai pensan dibuatnya.” Hidungku dicuit manja. Ada satu perasaan yang ganji masuk dalam hati aku. Belum pernah aku rasakan sebelum ini. Aku mengalihkan pandangan. Suasana yang sejuk dek embun menjadi panas asmara. Aku bangun ingin beredar namun ditarik tanganku menghalang aku pergi. “ nak kemana ini? Nak ikut?” aku hanya tersenyum dan membawa dia kekamar semula.
Berada dipelukan dia, barulah aku tahu. Aku mengalami hysteria semasa berada diatas pelamin tersebut. Ustaz yang berada disitu menyatakan ada orang yang menghantar santau pemisah, kerana itu aku meracau dan melolong. Setelah diubati, aku kembali tenang. Subuh itu, dia menjadi iman untuk pertama kalinya. Selepas solat, dia melafaskan janji akan sentiasa melindungi aku walaupun gelapnya sejarah silam aku yang tidak pernah aku buka, namun dia tahu. Dia akan cuba membawa aku sampai kesyurga.

Friday, May 27, 2016

#contestserampencil

“ aku cabar kalian. Kalau kalian anak jantan marilah aku buktikan yang muzium lama itu mamang wujud dan  kubur  ahli keluarga yang mati dibunuh ada disitu.”
                Kemarahan sudah tidak tertanggung. Selama ini aku sering dibuli oleh mereka. Kali ini aku pasti akan tidak digangu lagi. Aku akan bunuh mereka sama seperti matinya sekeluarga di muzium lama itu.
                Dendam Rizman sudah sampai kemuncaknya. Kali ini dia nekad. Muzium lama yang dijumpainya akan menjadi kubur kepada 5 orang sahabat yang sering membulinya. Azman, Borhan , KeChik (Sahmi) , Dragon (Syah) dan Ehsan. Malam yang dinantikan telah tiba. Rizman menunggu meraka dengan wajah yang tenang dihadapan pintu muzium.
“ selamat datang semua. Marila masuk.” gaya seperti seorang penyambut tetamu. Pintu dikuak dan menyala lampu dikawasan dalam muzium. 5 sahabat tersangat la teruja. “ wah Rizman cantik juga muzium ini. Jadi ko memang tidak gila la.” Kata Dragon yang sedang ralit memerhatikan sebuah lukisan didinding. Dalam tidak sedar dragon hilang dari rakan-rakan meraka. Lukisan itu seolah-olah memukau pandangannya dan kini dia berada didalam sebuah tahanan bersama ribuan kala jengking dan lipan.
                Azman mula merasakan perasaan yang agak tidak selesa. Seperti diperhatikan. Dalam sekelip mata dia berpisah dengan rakan-rakan yang lain. Suasana dalam muzium itu amat menyeramkan baginya. Dari jauh kelihatan Rizman duduk disebuah kotak. Agak pelik bentuk kotaknya. “ Rizman, sebenarnya ini tempat apa? Kau duduk atas apa ni?” Rizman hanya terseyum dan sebuah kapak dihayun ke arah Azman. Lalu jatuh Azman kedalam keranda yang Rizman duduk tadi.
                Puas. Tinggal 3 lagi. “ Kau orang dengar tidak? Itu suara Azman kan?” Mereka segera berlari mendapatkan Azman. Setiba ditempat yang menempatkan mayat Azman. Meraka terkaku. Ada bau petrol didalam bilik tersebut dan pintu tiba-tiba tertutup. Tiba-tiba  api menyala marak menghapuskan semua yang ada dalam muzium tersebut. Rizman hanya tersenyum melihat mereka yang menjerit kepanasan.

Tuesday, May 17, 2016

cerpen : Kotak

~ Ini Kisah Cinta~

‘ cerpen : Kotak`

Image result for a box
                Ada sebuah kotak disudut sebuah bilik. Menarik aku untuk membukanya. Tiada apa yang pelik dengan kotak tersebut. Namun kenangan dia amat besar. Dari sebuah cinta yang penuh harapan. Lalu harapan itu pecah berderai. Melukakan hati seorang perindu.

“ sayang tahu? Member abang kutuk sweater abang. Kata sweater busuk,” pandangan aku sepi. Berhari-hari kau memakai baju itu. Tiap kali berjumpa. Bukan aku seorang yang perasan. Tangan dan mulut aku sibuk dengan kentang goreng dihadapan mata. Aku hanya mengangguk. Malas mahu berkata apa-apa.

Hari ini adalah hari jadi aku. Opss. Not my birthday yet but tomorrow. Aku ambil cuti 2 hari untuk itu. Pada awalnya aku nak raikan bersama tersayang. But he is busy escorting someone. Damn shits, Aku bukan terlalu istemewa untuknya. So, I went to the place I love the most. Rewarding myself at Hulu Yam, Selangor. Tempat yang sungguh nyaman, namun tidak lama kau disitu kerana sekumpulan lelaki mula menghampiri aku. ‘ sayang nak pergi mana pun ingat! Tiada orang yang baik sekarang ok. So be careful.’ Aku pun segera berdiri meninggalkan tempat yang menyenangkan itu. Dengan hati yang sayu. ‘I’m promise. I will be back’ 

Time square. Tempat ayang aku rindu sangat. Oleh kerana hari ini, hari jadi. Let go to  shopping. It is not a small shopping complex. My leg tried already. Then eyes capture on something at the shop. Sweater. ‘ sayang, kawan abang kutuk sweater abang’. Pickup and go back home. It my birthday. Suka hati aku lah nak bagi hadiah atau menerima hadiah. I buy it with all my heart. Hope u like it. You’re the reason I  smile all day in my birthday season. Dengan segera meluncur laju kereta ke malaka. Malam ada jamuan tahunan syarikat. Bolly theme. I gonna late now.

                Tidak kusangka. Banyak hadiah malam tadi. Yes today is my day. In FB, a lot of wishes. Also in whattups app. But all the wishes is meaningless. Direnung tajam-tajam dinding dibilik. What should I do. Sleep or enjoy my birthday. But with whom? Wake up and make some breakfast. Nescafe for a new great started. Then I realize how my apartment messes. Time to renovate.

                “ hye girl I got something for u.? a box.” Dah 3 minggu selepas birthday aku. Sweeter yang aku mahu berikan pada dia,aku pos melalui pos laju. Bukan tidak boleh diberikan sendiri. Tapi saja. Setelah aku check status diinternet bungkusan tu masih pending. Shitt. Kejutan tidak menjadi. Sepatutnya bungkusan itu sampai pada hari anniversary kami. Call from stranger. I ignore it. Then a message get into my inbox. Hell, what she want?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                Sweater dan sebuah photo frame aku tenung dalam-dalam. Duit 300 dalam sampul masih rapi tersimpan. Begitu juga dengan surat yang tidak pernah aku baca. Alarm ditelifon mengejutkan aku dari lamunan. ‘happy birthday to u. okay tidak suara abang, hahaha. Untuk orang Melaka disana, semoga panjang umur murah rezeki. Don’t Noty2 dan jangan biarkan diri diselubungi misteri. Hahaha’.

Kenangan membunuhku kala ini. U are the best treasure I have. END.

Wednesday, May 11, 2016

JALAN (3)

~INI KISAH CINTA~ JALAN 3

enter link for JALAN (1)

enter link for JALAN (2)


Kemalangan itu meragutnya. Dijalan yang sama yang kami lalui sepanjang hari. Masih segar bagaimana kami bertengkar lalu ambil keputusan untuk tidak pergi kerja bersama pada hari itu. Pada hari itu jugalah, dia…

“ Nizam, dah tukar proposal tu.”
“ dalam usaha puan, tinggal proses inspection need to cover a lot.”
“ almost 12 now. So would u like to stay or u nak balik dulu. I think better kite balik la. I rasa tak sedap hati pula. Jom.”

Hampir seminggu kami bertungkus lumus menyiapkan proposal yang bernilai 3.8 juta. Itu bukan sesuatu yang baru untuk aku, namun bagi Nizam ini pengalaman pertama dia. Memengang jawatan baru, aku sekarang diberikan assistance. Bertambah cemburu la suamiku, Edie. Handphone berbunyi.

“Adrina, 12 am, where are u? Im so worried,” suami dah mula risau.
“ I soo sorry. I coming home now,” pangilan terputus, ‘ adoh lupa charge phone, hmm xpela nak balik la ni, waiting sayang’ rengus dihati. Dalam keadaan gopoh aku terus ke kereta. Dari jauh kelihatan Nizam dalam keadaan cemas. Aku menengur. “ Nizam? Are u okay?” melihat aku, dia sedikit terkejut.

“Puan. Kereta I tidak mahu start. Adoh, kalau tidak keberatan, boleh tumpang puan tidak?” aku pun menerimanya untuk hantarnya pulang. Kebetulan laluan balik kerumah aku tidak begitu jauh dari rumahnya. “ jomla saya hantarkan. Lagipun dah terlalu lewat. Teksi dah tidak ada, and it was raining.”

Nizam dengan aku sudah hampir 1 tahun berkerja bersama. Dia masih lagi bujang. Katanya terlalu kecewa dengan bekas tunang, sampai la sekarang masih fobia. Kerap kali kami berdua kesana, kesini atas urusan kerja. Sehingga keakraban kami dijadikan bahan cemburu si suami. Bagi aku, tiada nilai-nilai mesra kerana Nizam sangat menghormati aku sebagai seorang ketua. Namun cemburu, sememangnya racun yang agak berbahaya.

Malam itu hujan turun dengan sangat lebat. Menyukarkan pemanduan. Aku meminta Nizam untuk memandu. Sampai ke suatu lorong, Nizam membawa kereta agak berhati-hati. Katanya ini jalan potong kerumahnya. Aku cuma senyap dan mengikut. Nasib agak malang kerana tiba-tiba tayar kereta terlanggar paku mengakibatkan tayar pecah. Hujan yang terlalu lebat membuatkan kami tersangkut. Diam membatu. Aku mula mencari telifon untuk menelifon suami. ‘ adoh telifon mati.’ Suasana menjadi tidak selesa. Hati semakin tidak tenteram. Dapat merasakan ada sesuatu yang mungkin akan terjadi.

Kemalangan itu meragutnya. Dijalan yang sama yang kami lalui sepanjang hari. Masih segar bagaimana kami bertengkar lalu ambil keputusan untuk tidak pergi kerja bersama pada hari itu. Pada hari itu jugalah, dia…

“ are sure Adrina, u want to quit. I can offering u a lot.” Tiada kata-kata untuk menjelaskannya. Hakikatnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerana aku sudah tidak selesa bekerja disitu. Kenangan pahit manis cukup untuk aku disini. Sudah tiba masa untuk aku pergi. Erti katanya. Move on. ‘sampai bila aku harus meratap hiba’

“ Adrina Hariss, I ceraikan u dengan talak 1. Now u can go with him.” Dalam kebasahan hujan, menunutupi jatuhnya air mata dipipi. Hampir sebulan lebih kami bertengkar. Akhirnya talak yang diberikan kepada aku di hadapan Nizam. Akibat cemburu. Terasa dunia aku hilang seketika. Cinta, seakan direntap keluar secara paksa. Kosong. Malam itu menjadi sangat panjang. Sehinggalah esoknya aku dan Nizam teruskan juga presentation tersebut.

“ Puan? I feel so guilty on your divorce. And I can be your husband if will become ashamed,” aku hanya memandang monitor. Persekiran sebenarnya kosong. Apa yang Nizam katakan tidak lansung aku dengari. Dihati hanya ada rasa sesal, ‘ kenapa mudah engkau menghukumku. Tanpa mendengarkan sebarang penjelasan.’

“ Puan? Puan Adrina Hariss!” Nizam cuba menyentuh aku, lalu aku tepis. “ get out Nizam, I just need to be alone. Make sure the project started on schedule.”

Deruan angin dipantai ini, berbeza. Pertama kali aku datang sini, bunyinya sangat indah, bersulam rasa cinta. Namun kini, hanya la sepi dan sunyi. Kenangan membunuh segala senyuman. Rindu melekat dalam jiwa membuat air mata tidak henti mengalir. ‘Ya Allah, inikah sebenarnya rasa cinta yang telah hilang. Peritnya teramat.’

Segala sesi kaunseling dan pelbagai prosedur kami lalui untuk sahkan penceraian ini. Suami seperti tiada lagi cinta untuk aku. Aku masih mengharapkan cinta dari dia. ‘mungkin benar ego aku terlalu tinggi sehingga nilai cinta aku tiada harganya.’ Dalam masa yang sama, aku sering digangu dengan pesanan-pesanan ringkas dari seseorang yang menunjukkan betapa bahagianya suami aku dengan dia. Aku pendam dan biarkan itu belaku. Aku tidak geti meluahkannya. Segalanya aku pendam sehingga sah kami bercerai. Direntap segala rasa. Kini aku sedar, betapa besarnya cinta yang dia berikan, aku tidak hargai lansung. Bagi aku kerjaya adalah cinta. Kini tiada erinya. Dunia aku, hilang sinaranya.

Kemalangan itu meragutnya. Dia yang aku namakan CINTA. Dijalan yang sama yang kami lalui sepanjang hari. Dia pernah menyatakan cinta dia pada aku adalah dari pandangannya setiap kali terlihat aku dijalanan. Tekun memandu tanpa menghiraukan suasana. Saat itu, dia mula mengekori aku dan memerhati aku. Siapa sangka pejabatnya dan pejabat aku bertentangan. Dia mampu melihat aku dari jauh. Masih segar bagaimana kami bertengkar lalu ambil keputusan untuk tidak pergi kerja bersama pada hari itu. Pada hari itu jugalah, dia ceraikan aku. Kerana cemburu.

Bagaimana harus aku percayakan cinta? Bagaimana harus aku percaya? Namun yang pasti semuanya sudah tertulis. Perjalanan hidup harus diteruskan. Aku bersyukur kerana aku masih tiada anak bersama dia walaupun sudah 3 tahun bersama. Ini la cabaran cinta aku. Melangkah 1 persatu. Harapan masih kekal untuk ke jannah Allah.

the end....