nuffnang

Sunday, July 24, 2016

Impian ( bahagian 1)


Perasaan tidak akan jadi sama. Itu pasti bila cinta sudah dikhianati. ‘ kau fikir kau saja yang rasa’
Hari ini aku terima lamaran dia. Dia yang aku kenal sebulan yang lepas. Kenapa begitu awal untuk sebuah hubungan yang serius ini. Biarlah aku simpan sakit dalam hati.
‘perampas’
“ kau pernah fikir perasaan perempuan yang kau rampas hak dia buat sementara?” persoalan itu menjadi duri yang hidup dan terus melukakan daging.
Hari ini tibalah saat yang aku impi untuk hadir. Aku idamkan untuk singgah. Segala persiapan tersusun dengan mudahnya. Senang kata, kalau dah jodoh Insya Allah jalan yang diberi pun cukup mudah. Tepat jam 12.00 tengah hari aku ditabalkan menjadi Pemaisuri buat seorang Raja. Jawatan yang amat tinggi aku nilaikan sebagai seorang isteri. Bagi meraka ini adalah hari biasa-biasa bagi seorang dara dan teruna. Namun ini adalah rahmat bagi aku. Tidak semuanya berjaya atasi. 28 tahun penantian.
“ kau rasa bahagia duduk berdua diatas singgahsana itu ke Mira?” keadaan menjadi tegang. Dejavu. ‘ aku seperti pernah berada dalam situasi ini.’ Kelihatan Raja turun dari singgahsana meninggalkan aku seorang. Ditarik tangan wanita itu jauh dari penglihatan aku. Muka menjadi kebas. Malu, Marah berbaur menjadi 1. Anggota badan menjadi kaku, kepala mula rasa melayang jauh. ‘aku pernah berada dalam situasi ini tapi dimana?’ maka saat pemaisuri bangun dari tempatnya, saat itu juga pemaisuri jatuh rebah, menimbulkan suasana panik.
Sesedar aku, aku berada didalam sebuah kamar. Aku memandang kananku si dia yang menikmati tidur yang lena tanpa sebarang masalah. Aku bangun dari perbaringanku. Mengadap pintu bilik yang tertutup rapat. Terasa dahaga yang tidak terhingga. Kelihatan anak-anak buah dan saudara mara juga sedang enak tidur diruang tamu. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Tidak hairanlah semuanya sedang nyenyak. Rumah masih berada dalam 50% tidak terurus. Jalan menuju ke dapur menjadi sangat jauh dengan halangan yang diletakkan disepanjang laluan. Mendapat seteguk air amat menyegarkan. Terintai inai dijariku, Teringat kembali apa yang telah belaku tadi. Kepala menjadi pening kembali. Aku keluar cuba menghirup udara yang segar diluar sana. Apa yang sebenarnya berlaku?
“Assalamualaikum, kat sini rupanya isteri abang. Ingatkan mengigau berjalan tadi. Risau abang dibuatnya.” Si dia, suami aku, menengur dari belakang. Agak lama rasanya aku berada duduk digazebo ini. Tiada jawapan yang mahu aku balas. Hanya sebuah renungan yang agak dalam. Entah kenapa pelbagai persoalan berlari-lari dalam fikiran ini. Tangan kanannya menyentuh tanganku. Sebelah lagi menyentuh dahiku. “ dah tidak panas dah. Tapi panas sangat. Takot ke nak jadi isteri abang. Sampai pensan dibuatnya.” Hidungku dicuit manja. Ada satu perasaan yang ganji masuk dalam hati aku. Belum pernah aku rasakan sebelum ini. Aku mengalihkan pandangan. Suasana yang sejuk dek embun menjadi panas asmara. Aku bangun ingin beredar namun ditarik tanganku menghalang aku pergi. “ nak kemana ini? Nak ikut?” aku hanya tersenyum dan membawa dia kekamar semula.
Berada dipelukan dia, barulah aku tahu. Aku mengalami hysteria semasa berada diatas pelamin tersebut. Ustaz yang berada disitu menyatakan ada orang yang menghantar santau pemisah, kerana itu aku meracau dan melolong. Setelah diubati, aku kembali tenang. Subuh itu, dia menjadi iman untuk pertama kalinya. Selepas solat, dia melafaskan janji akan sentiasa melindungi aku walaupun gelapnya sejarah silam aku yang tidak pernah aku buka, namun dia tahu. Dia akan cuba membawa aku sampai kesyurga.

No comments:

Post a Comment