Sekali lagi aku tewas kerana cinta yang aku cari. Kenapa aku terlalu leka sehingga terlalu gopoh memilih cinta. Dunia mengajar aku betapa susahnya hidup tanpa pedoman dan panduan. Betapa gelapnya jalan yang dilalui tanpa hala tujuan yang benar. Cinta dunia yang hina ini sememangnya sakit. Pelbagai pergorbanan terpaksa aku lalui kerana mengejar cinta seorang lelaki.
Aku mengenal dunia seawal usia 14 tahun. Walaupun kerap kali dikawal oleh keluarga. Malah perbagai hukuman yang aku terima atas kesalahan yang aku lakukan masih tidak mengajar aku tentang kehiduapan sebagai perempuan dalam dunia ini.
Perempuan betapa hinanya kehadiran mereka kedunia ini. Walaupun dalam waktu sejarah aku adalah yang pertama sekali tidur dalam kelas, tapi aku tahu betapa rendahnya darjat wanita semasa zaman nabi terdahulu. Malah di India sewaktu dahulu, kanak-kanak perempuan akan di bunuh kerana akan membawa sial kepada keluarga. Malah didalam hadis pun ada yang menyatakan kepayahan menjaga seorang anak perempuan ibarat menjaga 40 binatang peliharan. Kini aku tahu betapa susah menjadi wanita.
Zaman semakin moden tetapi pemikiran semakin mengundur. Semakin kembali ke zaman nabi Lut dan yang terdahulu. Homoseksual, biseksual dan seksual berlalu tanpa batasan. Ajaran agama yang kurang dan tidak di amalkan. Aku menyesal.
Aku menatap luasnya pandangan lautan di hadapanku. Betapa besarnya nikmat Allah. Namun aku tidak pernah mahu untuk tunjuk kepadanya. Terasa hinanya diriku ini. Hidup sentiasa dalam lembah kehinaan. Masihkah ada ruang untuk aku di Syurga-Mu, atau aku harus membiarkan tubuhku dibaham api yang panas menjulang. Sungguhnya aku memilih neraka daripada syurga. Bodohnya aku ini.
Janji yang ditaburkan. Cinta yang dijanjikan. Harta dan wang ringgit mengelapkan pandangan dan imanku. Aku tunduk pada nafsu dan syaitan. Kerana rasa ingin tahuku aku menurut kata-kata lelaki itu. Dan hari itu adalah sejarah bagi hidupku. 6/12 aku hilang mahkotaku sebagai seorang gadis. Namun pada saat itu yang aku rasakan hanyanya keindahan dan kenikmatan yang selalu diceritakan. Kebanggaan menyerbu diri.
14 tahun mama dan abah menjaga aku dengan kasih sayang, pengorbanan serta didikan yang baik-baik. Menceritakan tentang kejamnya dunia. Betapa wanita ini berharga dan sentiasa menjadi perhatian mata syaitan yang mengoncang nafsu lelaki. Malah mama sering bercerita betapa hebatnya wanita yang mampu mengandung dan melahirkan anak. Betapa sukarnya mendidik dan mengajar seseorang untuk menjadi yang terbaik. Betapa wanita ini akan selalu tersalah pilihan.
‘ jangan mengejar syurga dunia sayang, sebaliknya kejarlah akhirat. Kita tidak dapat melihatnya. Namun kita dapat rasakannya. Percayalah Allah akan mengampunkan dosa hambanya yang leka dalam dunia walaupun kita buat dosa yang paling besar selain kufur.’ ‘ sayang cinta berlandaskan nafsu itu hina. Jaga la ia’
‘ jangan mengejar syurga dunia sayang, sebaliknya kejarlah akhirat. Kita tidak dapat melihatnya. Namun kita dapat rasakannya. Percayalah Allah akan mengampunkan dosa hambanya yang leka dalam dunia walaupun kita buat dosa yang paling besar selain kufur.’ ‘ sayang cinta berlandaskan nafsu itu hina. Jaga la ia’
Air mata aku menitis. Aku merenung langit yang suram. Mungkin akan hujan. Aku memandang diriku. Terasa hinanya diri ini. Dengan mudah aku jatuh dalam cinta yang berlandaskan nafsu itu. 5 tahun telah berlalu. Aku insaf. Aku bertaubat. Walaupun adakalanya aku rindu. Mungkin kerana benda yang haram sememangnya sedap. Namun aku merasakan suatu hari nanti pasti aku akan hanyut lagi. Solat aku tinggalkan dengan sengaja. Bermanja-manja dengan lelaki yang pastinya mahu menjamah tubuhku. Hingga adakalanya aku terfikir ini kembali seperti dulu.
Aku kecewa pada cinta. Kenapa lelaki yang menghampiri aku mahukan tubuhku, bukan cintaku. Adakah aku selama ini aku tidak ikhlas meminta kepada-Nya.? Adakah aku terlalu mengharapkan dan terlalu mengharapkan hingga hilangnya rasa percaya kepada-Nya.? Kini hadir 2 insan dalam hidupku. Menagih cinta yang lama mati dalam hidupku.
Dia seorang aku kenali lama dahulu. Sebagai cahaya semangat bagiku. Walaupun dia kerap terluka namun aku sentiasa bersamanya. Mungkin kerana terlalu rapat hingga aku tidak nampak yang dia sebenarnya menaruh harapan agar aku memilihnya untuk seumur hidupku. Namun aku masih tidak nampak ketulusannya untukku. Mungkin juga hatiku terlalu memilih kesempurnaan. Mungkin kesilapan dia memilih untuk belajar dari bawah kembali membuat aku menilai betapa ceteknya permikirannya.
Datang pula si dia yang aku kenali dalam lawan sosial. Aku jatuh dalam kata-kata nista yang ditaburkan. Rupa dan harta menjadi eset utamanya. Umur yang matang juga menjadi pandanganku. Karap kali juga dia memujukku untuk bersamanya. Menjanjikan dunia yang pastinya aku rasakan agar sukar hidupku kini terpaksa berkerja untuk hidup. Namun dia juga menjanjikan untuk hidup bersamaku ke akhir hayat.
20 tahun adalah umur yang paling mencabar bagiku. Hati aku kembali menginginkan belaian dan perhatian dia, Lelaki.aku selesa dengan kedua-duanya. Mereka pandai melayan kerenahku yang kebudak-budakan itu. Malah kematangan mereka menawanku. Cuma perbezaanya, seorang inginkan aku untuk terus dalam cinta yang jauh dari kehinaan dan seorang lagi, sebaliknya.
Keinginan nafsuku membuatkan aku bodoh sekali lagi. Aku tewas. Memilih jalan yang salah. Apa yang harus aku lakukan. Kejamnya aku memilih kehinaan. Maka aku terpaksa melepaskannya dan terus dalam duniaku yang hina ini. Mengharap keampunan-Mu Ya Allah. Jauhi lah aku dari kehinaan ini…
HUHU
ReplyDelete