nuffnang

Friday, March 9, 2012

Jodohku


 

Ya Allah ketemukan jodohku

Setiap kali aku berdoa pada Allah untuk mempertemukan jodoh aku..
Hanya akan datang 1 gambaran dalam minda aku..
Aku tidak pasti adakah ini petunjuk..
Atau hanya harapan aku..


Mesti tertanya-tanyakan…??

“ Ya Allah…
Kau tetapkan iman ku..
Ketemukan Aku dengan jodohku..
Kau tetapkan jodohku dengannya..
Kau jauhkan aku dari pekara maksiat…..”

            Saat itu ligat minda memutarkan saat pertama aku berjumpa dia. Walaupun saat itu aku datang dengan harapan untuk mendapat ilmu dari kem motivasi itu. Tetapi aku tidak menyangka akan bertemu dengan si dia.

            Melangkah masuk aku kedalam dewan yang mengumpulkan para peserta Kem Motivasi Lambaian Ramadhan, aku terpana. Dalam berpuluh - puluh peserta, kau seperti seorang bidadari yang turun dari langit. Diarahkan untuk menyinari keadaan dewan yang sesak dan bising. Mamandu anak mataku melihat cahaya yang berligar mengililingimu. Kerana terlalu asyik memandang keindahan cipta-Nya, aku tanpa disedari telah memalukan diri sendiri apabila aku terjatuh akibat tersadung kerusi.

            Pada saat itu, kau adalah orang yang sangat sakan mengelakkan diriku. Terserlah kebodohan aku. Malu tidak terkira. Marah padam mukaku. Tapi itulah memori yang akan sentiasa bermain dalam kotak fikiranku.

“ Ya Allah..
Sesungguhnya Hambamu ini sangat lemah apabila bersendiri,
Jadi jika benar dia adalah jodohku, YaRabbi..
Kau satukan hati Kami,
Kau semarakkan cinta kami,
Kau halalkan perhubungan kami,
Kau permudahkan urusan kami , Ya Rahim……..”

            Setiap kali bersama dengan dia, aku merasa sangat sempurna. Aku sedar akan kekurangan dia,tapi bagiku itu 1 kebahagian. Sikapnya yang ego dan matang, buat aku terfikir ada lagi lelaki yang baik. Membuat aku menghargai sesuatu perhubungan. Membuat aku sedar tentang erti sebenar sebuah tanggungjawab, serta nilai kasih dan sayang. Pekara yang paling parah adalah rindu. Bukan untuk dia sahaja, sebaliknya keluargaku. Ada pelbagai sebab aku tidak menyukai keluargaku. Salah 1 sebab adalah apabila aku dipaksa menetap di asrama. Tetapi dia membuat aku sedar tidak semua pekara adalah terbaik yang kita fikirkan terbaik untuk kita. Terima kasih kerana buat aku sedar.

“ Tetapi Ya Allah…
Jika dia bukanlah jodohku Ya Allah.
Bantulah aku untuk melemparkan semua kenanganku bersama dia
Jauh kedada langit..
Jangan biarkan aku terus hanyut mengharapkan dia.
Jauhkan aku dengan dia sejauh-jauh galaksi yang telah kau ciptakan
Janganlah Kau menyeksa aku dengan maksiat yang telah aku lakukan……

            Aku sangat menyanyangi dia. Aku amat merindui dia. Walaupun ada yang mampu mengantikan tempat dia, tapi tidak mampulah mereka memenuhi ruangan kosong hati ini. Biarlah aku jaga ruangan ini untuk suamiku. Kerana Cintaku yang Sejati Hanya untuk Suamiku. Kerana Cinta Pertamaku Adalah kamu. Ya Kamu, yang telah pulang kepangkuan Penciptamu,yang telah membawa hatiku bersamamu, yang telah membuat aku kebinggungan.



No comments:

Post a Comment