nuffnang

Sunday, July 21, 2013

Kau cintaku Terakhir

~ini Kisah cinta.~

Hari ini, LESU.
     'jerebu dilaporkan dalam skala IPU berada dalam tahap yang kurang sihat. Anda dinasihatkan agar tidak keluar tanpa keperluan untuk tidak terdedah kepada udara yang tidak sihat.'

         Arrggghh... mood hilang bersama jerebu yang ada sekarang ini. Hari ini aku off day. Bagus juga berehat sahaja dirumah. Terlalu penat mengadap pelbagai jenis orang dalam dunia ni. Teringin menerjah panggung wayang dipadamkan. Lantas siaran television yang yang menjadi pilihan. Lama2 ku tenung kelam. Tertidor buat sekian kalinya.
 
        Tersedar aku dari tidur azan zohor berkumandang. malas menyerbu badan. terasa ingin menyambung kembali tidurku.Tiba-tiba deringan telifon berbunyi. ada satu pesanan bergambar. aku membukanya.
'my heart'. 


     Senyuman terukir dibibir. Terdetik dihati, 'aku ada hantar mesej yang aku sakit ke? atau dia ada naluri yang aku tengah sakit.? well dia tak sibuk kot hari ini.?'. Tanpa membalas pesanan tersebut. Aku bangun untuk solat zohor. Sedang aku termenung ditikar sejadah cuba mengimbas dosa yang silam, sekali lagi deringan telifonku berbunyi. Kali ini sebuah pangilan. my heart. aku menjawab pangilan tersebut.
" Hello." ringkas saja jawabku.
" assalamualaikum. sayang okay.? sound a litle bit manja. demam eh.?" suara dia mengatal.
    Well dia la tunang aku, Azam. Lelaki tersibuk didunia. Kalah perdana menteri Malaysia. Sebulan sekali pun susah nak jumpa. Berhubung time dia demam macam sekarang ni, baru la nak mesej atau call. Sebab tu la abah xbagi aku kerja dekat dalam kilang. Perak (macam jakun atau tidak tahu menahu tentang dunia semasa).
         
        Aku berkenalan dengan dia semasa aku sambung belajar dahulu dalam bidang Automotif. Dia senior aku, tapi sekelas sebab dia kelas intergrasi. Mula rapat semasa kami terpilih untuk berentap dalam liga go kart politeknik. Pada awal kenalan dia sudah berpunya, ibarat aku bertepuk sebelah tangan la. Tapi sejak dia diterima masuk ke sebuah kilang terbesar di Melaka, die semakin rapat dengan aku. Hairan juga tapi aku malas ingin bertanya. Die bukan suka untuk berkongsi cerita. Tipikal man. Bertunang.? hmm susah hendak diceritakan. Yang pasti sesuatu yang luar jangka. BUKAN KENA TANGKAP BASAH OKAY.?

        Yang pasti hari ini, dia mengajak aku untuk keluar. Katanya ada hal penting yang ingin dibincangkan. Soal perkhawinan kami yang tiada tarikh dan bila akan berlangsung, entah la. Aku bukan seorang yang mendesak, bukan pula seorang yang tidak kesah. Dalam keadaan yang agak sunyi namun berstatus kepunyaan orang ini, aku sentiasa buat persediaan. Aku yakin die seorang yang tidak boleh dijangka. macam bom. Adakalanya buat aku bosan menunggu tapi akan ada sesuatu yang sangat istimewa yang akan dilakukan buat aku teruja. Aku pun bukan jenis yang suka tukar pasangan dan berlaku curang. Aku akui yang die lebih mencemburui aku, kerana aku lebih terdedah dengan khalayak ramai. Malah tindakan aku untuk cube mengusahakan bengkel die buat dia lagi gila cemburu apabila kebanyakan pelanggan adalah lelaki. Itu bukan la idea yang bernas sebenarnya, kerana tiap kali berhubung pasti akan ada perbalahan mengenai kesetian.
     
       Bagi aku, walaupun dia agak menjengkelkan. Namun dia menyenangkan. Kalau dulu aku selalu dikawal oleh abah sedemikan rupa. Kini aku dikawal olah dia. Ada setengah rakan yang kurang senang dengan tingkah lakunya. Namun aku tidak kisah. aku tau niatnya hanya satu. Melindungi aku.

      Malam itu sepi. hanya ditemani bintang dan bulan yang terang. Tenang. aku duduk disebuah meja yang terletak di tengah laut. perasaan gayat menyerbu aku. namun aku hanya mampu duduk diam dikerusi. malam itu aku tunggu agak lama. dari jam 8.30 malam. Sekarang 10.30 malam. Dia memang selalu begini. Tapi aku pelik kenapa tiada langsung panggilan atau pesanan dari dia. Tempat ini memang telah ditempah khas dari dia. Jam kini menunjukkan 10.50 malam. Aku lelah. Saat aku ingin mengangkat kaki pulang, tiba-tiba seorang pelayan menyerahkan aku sekeping nota. Didalam nota tersebut.

" dear Zulaikha, hingga saat ini kau masih menunggu kedatangan aku tanpa rengutan. aku minta kamu ke bahagian lobi restoran sekarang," 

Hati aku tidak keruan. apalah yang sedang dirancangan ini. Aku segera mengorak langkah ke lobi. Di lobi tersusun teddy bear sebanyak 10 jenis. Setiap satu dilekatkan gambar baby yang sangat comel. ada twin boy, twin girl. dan beberapa pasang bayi lelaki perempuan. Terselit sekeping nota di patung yang terakhir.

" dear Zulaikha, hingga saat ini aku sering menghayalkan diri impian untuk anak2 ini menjadi anak2 kita. twin tuh merupakan impian sayang kan. abang akan usahakan nanti. tolong ke kolam renang pulaq." 

gila ke apa dia ni? 10 orang anak dia nak bagi aku. mampus la. Apa sebenarnya ni? Jam melangkah ke 11 malam. aku semakin galau. Di kolam renang bertaburan kuntuman bunya ros yang mengukirkan bentuk hati.
Pelita kecil yang terapung beratur melengkapi tulisan 'will u mary me?' aku tersentap.
       
       Air mata mengalir derasnya. Aku teriak namanya memohon untuk dia keluar hampir 5 minit tiada respon. Aku terus bertanya dengan pelayan yang dari tadi melihat aku sambil tersenyum-senyum. Mungkin sedang berangan berada ditempat aku. Die hanya menjawab yang die diarahkan untuk melaksanakan ini bermula dari jam 10.50 hingga la ke kolam renang. Selanjutnya die tidak tahu. Die juga pelik kerana die sendiri tidak menerima sebarang arahan lagi sebaliknya arahan ini diterima terakhir kalinya adalah sebelum jam 7 malam. Hati aku semakin resah. Telifonku berdering. my heart. aku menjawabnya.

    Aku merenung sepi kembali. Yang kelihatan tanah yang merah dan lembap dihadapanku. Tiada tangisan lagi yang mampu aku hadiahkan. Merenung awan kelihatan mendung semendung hati aku saat ini. Air mawar kusirami pusaranya buat terakhir kalinya.

    " Cik Zulaikha, pesakit mahu berjumpa dengan cik." dalam tangisan yang belum kering aku melangkah ke wad kecemasan. aku melihatnya lemah. terasa longgar segala sendi tulang kakiku namunku gagahi juga. mulutnya terkumat kamit. Aku merapatkan telingku ke mulutnya.
" sayang. abang minta maaf. abang cuma ingin tahu, sudikah Zulaikha menjadi bidadari ku.? rusuk kiri ku yang hilang itu.?" dalam ketar suaranya. Air mataku kembali mengalir deras. aku memengang erat tangannya tiada tindak balas. Ku sandarkan kepala kedadanya. Kedengaran jantungnya yang pelahan berdegup. Tidak seperti selalu. aku sengaja berpaling muka agar dia tidak melihat air mataku.
     Aku menjawab, " Sudi abang. Seumur hidupku hanyalah mengimpikan dirimu sahaja." kucupan singgah ke dahinya. sejuk. Aku merasa pelik. Matanya dipejam kemas. Aku bisikan kalimah syahadah kepadanya. Mulutnya mengungkapnya. Dengan satu sedutan deras darinya, aku yakin itulah yang terakhirnya.

     Yang tinggal kini hanya la impian dan angan-angannya yang aku sedang kejar. cita-cita yang kami kongsi bersama membuat aku semakin bersemangat ingin teruskan walaupun ditemani bayangnnya.Semoga dia disana tenang menghadapinya. Aku sentiasa mendoakannya.

No comments:

Post a Comment