~INI KISAH CINTA~,
“ DIAM!adalah hukuman yang paling kejam, dapat membunuh hati2 yang tenang.”
Perbuatan die mendiamkan diri, memang hukuman aku rasakan sangat kejam. Rindu,dendam, kesal dan kecewa, berbaur dalam hati. Kejam sungguh. It’s killing me softly.
Hari ini hari isnin.hari yang paling membosankan dalam tempoh 9jam berkerja. Aku ambil kesempatan berkongsi masalah bersama rakan sekerja. Masalah Cinta. Selama ini aku menjadi doctor cinta kepada mereka, tapi hari ini. LAIN.
Beribu gambar dia yang masih aku simpan dalam telifon, ku tenung 1 per 1. Walaupun sakit menanggung rindu yang keterlaluan, namun sakit yang hati melihat masej dari perempuan itu, mewujudkan dendam. Terngiang suara-suara nakal yang mengutuk dan menghina dia. Hati terusik ‘YA’ mungkin orang dalam gambar ini, tidak sama dengan orang diluarnya. Aku tenung aplikasi whatup dia yang kosong, ada mesej bergambar ‘good morning’ . Hati aku saket. Makin saket dengan semua yang aku lakukan, tidak mendatangkan manfaat pada aku. Aku jadi lemah, selemahnya.
Masa aku putuskan untuk berpisah dengan dia, DIAM, itu adalah hukuman yang paling kejam kau lakukan saat itu. Tiada kata, tiada rayuaan. Seminggu aku merayu kepada kau akhirnya aku give up. Kau buat akulah wanita yang terhina. Mengharapkan cinta kau, mengharapkan kasih kau, mengharapkan belas ihsan dari kau. Hampa dah kecewa.
Dalam masa yang sama, watak ketiga muncul dalam hidup aku kembali. Mr. Y. Bagaimana aku, merayu mengharapkan cinta dari Mr. B, begitu juga dia merayu mengharap cinta dari aku. Aku menjadi buntu diantara dua pilihan. Sejujurnya Mr.Y adalah yang paling layak menjadi raja dalam wilayah aku. Hadis riwayat pernah berkata, ‘kalau ada yang datang melamarmu itu adalah lelaki yang baik dan menjaga solatnya, terimalah dia. Seseungguhnya dia yang layak buatmu.’
Sesungguhnya Ya Allah, aku penat dan lelah. Kuberikan hatiku pada dia yang tidak menghargai aku. Puas aku meminta dan merayu pada-Mu. Namun aku terasa jauhnya kau pergi meninggalkan aku. Solat hajat ke solat taubah aku lakukan, buat hati makin ragu dengan kau. Lalu muncullah perempuan itu, cuba mengoyahkan kedudukan aku disisi dia yang aku harapkan. Sedikait pun tidak cuba untuk memulihkan keaadan yang belaku. DIAM, adalah hukuman yang paling kejam yang die berikan padaku Ya Allah. Aku lelah, aku sandarkan hati aku untuk-Mu, agar kau jaga hati aku dalam tindakan yang akan aku lakukan ini. Kerana hati aku terluka, izinkan aku melukakan hati die, Ya Allah.
Dengan izin Allah, hatinya terluka jua ~~~ sambungan~~~
No comments:
Post a Comment