nuffnang

Tuesday, May 10, 2016

JALAN (1)

~INI KISAH CINTA~ JALAN 1

Azan subuh melewati lenaku, ‘ ah, terlambat bangun, dah subuh.’ Tanpa berlengah, kaki dihanyun segera ketempat yang sepatutnya dituju. Selesai membersihkan badan dan solat, jelingan mata tajam ke jam dinding. Mengeluhku lagi. 10 minit lagi untuk bersiap.

                Ditarik baju yang tersedia untuk hari Rabu, disarungi ketubuh. Diambil pula tudung,digayakan kekepala. Disapukan sedikit alis mata bagi menampakan segar, dan juga gincu dibibir. Dicapaikan beg bimbit wanita, handphone dan kunci segala kunci, pintu dikuak luas untuk membenarkan udara segar masuk kedalam rumah. Disarungi kasut kesayanganku, segera aku menutup segala lampu dan pintu. Dikunci lalu beredar.

                Rutin memang membosankan. 6.30 pagi pastikan diri dikereta, selepas 5 minit kereta harus melewati pondok penjaga apartment. Hari ini, sangat penat. Hari ini ada presentation penting bersama dengan pengarah urusan. Kereta dihala ke drive thu restoran makanan segera. Secawan kopi dipagi hari membawa kepada mod-mod yang positif. Jalan yang sama seharian membuat aku tepu. Ada beberapa buah kenderaan yang kelihatan sama setiap hari. Memulakan perjalanan, kiranya sama tujuan dengan aku. Untuk menuju ke tempat kerja.

                Tiada yang luar biasa dari sebelumnya, halwa telinga berupa seloka dari penyampai-penyampai radio, membangkitkan suasana dari sudut yang berbeza. Diluar kereta, haruk piruk kota dengan deruman enjin kenderaan, dari dalam pula gelak tawa dan merdu suara penyanyi yang meluahkan karya. Kali ini, aku lagi santai, kerana tugas aku telah selesai semalam. Hari ini hanya untuk menunjukkan tugasan terakhir sebelum aku tamat kontrak kerjaku. Bulan depan, kerja baru,suasana baru, jawatan baru. Senyuman terukir lebih manis dari sebelumnya.

                Dalam sedar, hampir 6 tahun melalui jalan yang sama setiap hari. Bermakna 24 jam,7 hari seminggu. Pasti banyak juga kenangan. Pasti tertanya apakah kenangan dijalan raya yang sedang aku tempuh sehari-harian. Sapa sangka, jalan ini boleh membawa cinta. Cinta? Iyalah, C.I.N.T.A

                “ Cik Adrina?” seorang dari pelangan aku menegurku. Hati terlintas yang mungkin dia mahu memulakan sebuah perbualan luar dari tugasan kerja. Aku hanya tersenyum. Agak berat nak berkata-kata saat ini. Gara-gara perlu mengadap kertas kerja yang hampir 60% perlu diubah mengikut keperluan pelanggan hampir 3jam dalam bilik mesyuarat. Penat! Itu sahaja yang mampu aku katakan. Apatah lagi pelanggan itu adalah yang berada didepan mata sekarang ini.

                “ Maaf Cik Adrina, saya cuma nak bertanya, sudi makan tengahari dengan saya?” senyuman tambah lebar bila diajak makan. Memang itu yang diperlukan oleh aku. Aku terus memberikan isyarat badan menyatakan iya. Pintu kaca dilobi utama dikuakkan oleh si dia. Aku cuma tunduk sebagai isyarat terima kasih. Tiada kata-kata buat masa ini. Malas yang teramat. Dihalaku teruskan keretanya. Ada sesuatu yang menarik aku untuk berfikir. Kereta ini, no plat ini, macam terlalu kenal rapat dengan aku. Namun aku abaikan saja. Kecewa pun ada sebenarnya apabila perlu dibuat semula kertas kerja yang baru dipersembahkan tadi.

                “ Cik Adrina tak selesa dengan saya ke.? Dari tadi senyap saja. Maaf, macam berkawan dengan orang bisu pula, macam bersama dengan orang yang lain. Tadi macam dah berjumpa dengan seorang ahli lembaga pengarah,” dan soalan itu mencetuskan sedikitkan sikit tawa. Aku memandang wajah si dia. Cerdik jelas terpancar dari pandangan pertama.
 “ dah tu En. Adie dari masuk , hampir 3 jam dalam tu. Ini salah, itu tak mahu. Ini tak suka. Tukar, tukar, tukar. Mahu tak jem kepala saya. Yang saya tahu sekarang ni, En Adie nak belanja. Saya nak makan yang paling mahal. Seminggu saya siapkan kertas kerja tu. Opss?” baru aku tersedar aku sedang mengeluh dengan pelanggan aku sendiri. Dia hanya tersenyum melihat telatah aku. ‘alamak perangai budak-budak terkeluar pula.’ Suasana kembali sunyi sehingga la kereta berhenti disebuah restoran Melayu.

                Honnnnnn!!

Satu hon yang panjang menyetak aku dari lamunan tadi. Sebenarnya memang rindu. Teramat rindu. Dia pergi tanpa bayang lagi. Sudah masuk 5 bulan. Aku masih tidak dapat melupakannya. Setiap pagi berselisih di parking lot, di traffic light yang sama, malah dibangunan kerja yang sama. Aku tidak pernah perasan kehadiran dia dalam hidup aku yang selama ini jadi bahan pemerhatian dia.
Dia.

Kemalangan itu meragutnya. Dijalan yang sama yang kami lalui sepanjang hari. Masih segar bagaimana kami bertengkar lalu ambil keputusan untuk tidak pergi kerja bersama pada hari itu. Pada hari itu jugalah, dia…

Jalan yang sama, destinasi yang sama membawa kepada cinta. Siapa sangka dari kesesakkan jalan raya, dia jatuh cinta dengan aku. Kini hanyala tinggal sebuah kenangan.

sambungan........... Jalan (2)

No comments:

Post a Comment